Bukan senang nak buat kulit karipap kekal rangup sampai ke petang. Begini tips nya.. Ajom..
Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang ❤️
1.Sukatan marjerin
π°Untuk 1 kilo tepung, gunakan 1 cawan minyak dan juga 2 sudu majerin.
π°Bila minyak dan majerin kita tadi dah panas, curahkan ke atas tepung tu. Awas yer... panas yang amat ni. Sila gaul pakai sudu dulu.
2. Jenis Tepung
π°Pakai tepung cap sauh sahaja
3. Sukatan air
π°Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung
4. Guna air kapur
π°Ni la rahsia Che Kelly buat karipap rangup sampai petang. Air rendaman kapur makan yang jernih macam ni.
π°setiap 1 kilo tepung masukkan 2 sudu makan air kapur
π°Tepung tadi kita gaulkan . Lepas tu masukkan air dan air kapur tadi. Uli sampai jadi mcm ni jangan risau kalau tak licin, janji dah sebati.
π°Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik, tak nak bagi kena angin.
π°4 jam kemudian boleh la digunakan untuk buat karipap.
π°Tujuan kita buat macam ni ialah nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit. Ini cara Che Kelly buat kulit karipap. Orang lain mungkin lain caranya.
π°Goreng panas-panas.
Kalau nak buat frozen cukup goreng separuh masak.
Selamat Mencuba ❤️
πππππππππππππππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan