Khamis, 19 Julai 2018

Seri Muka Durian yang Sedap

Kegemaran seisi keluarga. Pilihan peminat durian. Sungguh sedap! Adakah ia pilihan anda juga?


Petang semalam pergi ke Mantin, ke pasaraya Zeemart untuk mencari bekalan bahan basah. Sambil-sambil itu kita meninjau deretan gerai tepi jalan yang menjual buah durian.

Harga durian kampung rm4 - rm7, udang merah, D24, D 101 rm10 -15 bagi setiap kg. Barulah boleh beli durian dan makan puas-puas..


SERI MUKA DURIAN
Oleh Dapur Cempakasari
Terima kasih penyumbang resepi yang sedap ini..

Bahan-bahan

Lapisan bawah

2 1/2 cawan beras pulut - direndam 15 minit
3 cawan Santan cair
Sedikit garam

Lapisan bawah

2 cawan Santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan isi durian
1 cawan gula ( kalau tak suka manis, kurangkan)
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya.

Jom kita ke dapur..


Mula-mula kita basuh bersih beras pulut dan rendam beras pulut dalam 15 minit kalau ikut resepi. Tapi Mak Hencik rendam tak tahu berapa puluh minit. Hahaha. Sebab lepas rendam tu pergi kenduri cukur jambul rumah jiran.


Sediakan acuan. Acuan 10x10 disapu sedikit minyak Dan dialas dengan plastik. Ketepikan.


Beras pulut yang direndam tadi dikeluarkan air rendaman.


Masukkan santan cair dan sedikit garam. Kacau rata.


Kemudian, masukkan beras pulut bercampur santan tadi ke dalam acuan. Ratakan elok-elok.


Lepas tu masukkan ke dalam pengukus dan kukuslah selama 20 minit. Biarkan jer dia sehingga masak.

Sementara itu kita buat lapisan bawah pula.


Ambil sebuah bekas yang sesuai, masukkan Santan pekat, air, gula, tepung gandum, tepung kastard, telur dan sedikit pewarna kuning telur. Kacau sehingga sebati menggunakan whisk.

Masukkan isi durian dan kacau lagi. Eh eh isi durian ni bertali-tali dan berbintil jadinya. Tak boleh jadi nih. Tak berseri nanti Kuih seri muka durian kita nanti!

#cara mudah : campur semua bahan dan kisar. Hahaha. Naper la nak susahkan diri..


Tuang bancuhan tepung dan durian yang dikisar tadi dalam kuali. Buka api dan kacau sekejap jer sehingga naik wap. Tutup api. Tak perlu sampai pekat tau. Ketepikan.


Pulut pun sudah masak, keluarkan Dari pengukus.


Tekan-tekan pulut kita tu sehingga padat.


Kemudian, letak semula di dalam pengukus.


Tuang bancuhan tepung dan durian dari kuali tadi.


Tutup acuan dengan aluminium foil supaya air kukusan tidal menitik masak ke dalam seri muka kita supaya kekal serinya. He he
Kukus selama 20 minit.


Apabila sudah masak, buka aluminum foil Dan kukus lagi selama 5 minit supaya bahagian atasnya betul-betul kering Dan lambat basi.


Sudah masak, tutup api. Haaaa.. Inilah hasilnya. Tunggu dulu sehingga betul-betul sejuk barulah boleh dipotong dan dimakan.

Tak sabar ke?

Memang ler.. Bau doyan ni mencabar Senah oii..

Bismillah..

Selasa, 3 Julai 2018

Udang butter Telur masin

Walau rupa mu tak lawa, nampak berselerak dan tidak kemas, kamu tetap menang di bahagian rasa. Masakan ini memang sesuai untuk udang. Sedap oii!



Kebelakangan ini, harga udang agak murah. Sekilo udang boleh dibeli dengan harga kurang rm30. Ada tu sampai rm26 sekilo dengan saiz yang agak besar juga.


Kita pun apa lagi.. Naik geram ler kalau tengok saiz udang gaya gitu dan kena pula dengan harganya yang berpatutan. Boleh masak udang butter ni dan makan puas-puas.


RESEPI UDANG BUTTER TELUR MASIN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

15 ekor udang saiz besar - digoreng sekejap dengan minyak penuh
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang merah besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dipotong serong
2 biji cili padi (tambah kalau nak pedas) - dipotong serong
3 tangkai daun kari
1 sudu besar butter
1 biji telur masin - direbus dan dihancurkan
1 cawan susu cair @ susu sejat
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara memasak

Jom ler..


Udang disiang suka hati koranglah nak siang macammana pun. Basuh bersih dan toskan airnya.

  
Panaskan minyak dan goreng udang. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.



Telur masin direbus dan diambil isinya.


Penyek-penyekkan guna sudu atau apa-apa alatan yang sesuai dengan jiwa raga korang. Resepi asalnya ambil telur kuning jer, tapi sayang pula nak buang telur putih. Jadi, ambik jer la semua. Hahaha


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak lebihan goreng udang tadi dengan 1 sudu besar butter. Tumis bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah, lada hijau dan cili padi sehingga layu.


Langkah 2
Kemudian masukkan daun kari. Kacau seketika.


Langkah 3
Masukkan pula susu sejat dan air. Masukkan kiub ayam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga kuah mendidih.


Langkah 4
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan udang yang digoreng tadi.


Langkah 5
Masukkan pula telur masin hancur.


Langkah 6
Kacau rata dan rasakan kuahnya. Mak Hencik tak letak garam atau gula. Cukup dengan rasa masin dari kiub ayam dan telur masin. Korang adjust lah ikut selera masing-masing ya..


Langkah 7
Bila sudah masak, tutup api. Hidangkan dalam mangkuk. Sedia untuk dimakan..

Bismillah..