Selasa, 3 Julai 2018

Udang butter Telur masin

Walau rupa mu tak lawa, nampak berselerak dan tidak kemas, kamu tetap menang di bahagian rasa. Masakan ini memang sesuai untuk udang. Sedap oii!



Kebelakangan ini, harga udang agak murah. Sekilo udang boleh dibeli dengan harga kurang rm30. Ada tu sampai rm26 sekilo dengan saiz yang agak besar juga.


Kita pun apa lagi.. Naik geram ler kalau tengok saiz udang gaya gitu dan kena pula dengan harganya yang berpatutan. Boleh masak udang butter ni dan makan puas-puas.


RESEPI UDANG BUTTER TELUR MASIN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

15 ekor udang saiz besar - digoreng sekejap dengan minyak penuh
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang merah besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dipotong serong
2 biji cili padi (tambah kalau nak pedas) - dipotong serong
3 tangkai daun kari
1 sudu besar butter
1 biji telur masin - direbus dan dihancurkan
1 cawan susu cair @ susu sejat
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara memasak

Jom ler..


Udang disiang suka hati koranglah nak siang macammana pun. Basuh bersih dan toskan airnya.

  
Panaskan minyak dan goreng udang. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.



Telur masin direbus dan diambil isinya.


Penyek-penyekkan guna sudu atau apa-apa alatan yang sesuai dengan jiwa raga korang. Resepi asalnya ambil telur kuning jer, tapi sayang pula nak buang telur putih. Jadi, ambik jer la semua. Hahaha


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak lebihan goreng udang tadi dengan 1 sudu besar butter. Tumis bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah, lada hijau dan cili padi sehingga layu.


Langkah 2
Kemudian masukkan daun kari. Kacau seketika.


Langkah 3
Masukkan pula susu sejat dan air. Masukkan kiub ayam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga kuah mendidih.


Langkah 4
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan udang yang digoreng tadi.


Langkah 5
Masukkan pula telur masin hancur.


Langkah 6
Kacau rata dan rasakan kuahnya. Mak Hencik tak letak garam atau gula. Cukup dengan rasa masin dari kiub ayam dan telur masin. Korang adjust lah ikut selera masing-masing ya..


Langkah 7
Bila sudah masak, tutup api. Hidangkan dalam mangkuk. Sedia untuk dimakan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan