Jumaat, 29 November 2019

Maruku Kak Besah yang Rangup dan Sedap

Rangup dan sedap!

Perlukan kudapan semasa bersembang atau menonton televisyen? Inilah jawapannya.

Ni maruku melayu ni sebab letak udang kering dan cili kering. 😆😆


MARUKU KAK BESAH
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Kak Besah via MyRecipe

Bahan-bahan

1 bungkus tepung muruku segera
1 bungkus beras pulut
1 senduk nasi serbuk kari daging
1 senduk nasi bijan

🌸2 senduk nasi cili kering kisar
🌸1/2 senduk nasi udang kering
🌸7 biji bawang putih
🌸2 biji telur gred A
🌸2 cawan santan (Mak Hencik guna 1 kotak santan segera + 1 cawan air)
🌸1 sudu besar garam
🌸1 sudu besar gula (Mak Hencik bubuh 4 sudu besar)

Daun kari secukupnya
Minyak untuk goreng terendam

Bahan yang beranda 🌸 hendaklah dikisar sehingga lumat.

Cara-cara membuatnya.
Jom...

Sebelum itu mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.


Antara bahan-bahan yang digunakan.


Daun kari dan daun pisang dari belakang rumah. Daun pisang tu untuk alas jer, kalau tak ada tak per.


Senjata untuk buat muruku. Pilihlah bentuk yang berkenan di hati. 


Senduk nasi yang Mak Hencik gunakan. Senduk nasi biasa jer. Agaknya kak Besah pun guna sudip canni gak kot. Heeee.. 😁😁

Dah ada semua bahan-bahan, marilah kita meneruskan misi. 


Langkah 1
Masukkan santan,air, bawang putih, udang kering, cili kering, garam dan gula ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.

Lepas tu masukkan telur dan kisar sebentar dalam 6 saat. Tutup suis.


Langkah 2
Di dalam besen yang sesuai, masukkan tepung muruku, tepung pulut, bijan dan serbuk kari. Gaul sehingga rata.


Langkah 3
Tuang bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung.


Gaul sehingga rata dan membentuk adunan yang lembut supaya senang untuk di tekan dengan acuan nanti. Kalau rasa adunan tu keras sikit, boleh la tambah sedikit air lagi. Kalau adunan keras, jenuhlah kita time nak menekan nanti.


Langkah 4
Masukkan adunan ke dalam acuan muruku. Tekan ke atas daun pisang.


Macam ni ler lebih kurang. Hehe. Buat banyak-banyak lah ya.


Langkah 5
Panaskan minyak dan masukkan maruku. Taburkan daun kari sekali. Gorenglah sehingga masak. Api sedang-sedang jer ya.


Kalau nak cepat, terus jer tekan  maruku ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Lepas tu tabur daun kari. Bila warna sudah keperangan, balikkan maruku dan biarkan sehingga masak.


Langkah 6
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Goreng sehingga habis.


Langkah 7
Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam balang. Untuk projek hari ini Mak Hencik dapat tiga balang besar.

Jom makan.

Bismillah..

Selasa, 19 November 2019

Cara Simpan Ubi Kayu Parut supaya Tahan Lama

Ada masalah nak simpan ubi kayu semasa musim hujan?


Kalau musim hujan, ubi perlu digali. Kalau tidak digali ubi akan jadi rosak sebab terendam dalam air.

Ubi kayu boleh direbus dan dicicah dengan sambal tumis. Tak pun cicah dengan kelapa parut.


Lepas tu boleh buat kuih pula. Tapi kalau banyak-banyak sangat, tak tahu nak buat apa pula.

Jadi, kita boleh parut ubi tersebut dan simpan dalam peti ais bahagian sejuk-beku. Ubi kayu parut akan bertahan lama. Ini juga memudahkan kita buat kuih berasaskan ubi kayu nanti.
😆😆😆

Jom kita mulakan...


Kopek kulit ubi kayu sehingga menampakkan tubuhnya yang putih bersih. Kemudian basuh dan bilas. Toskan airnya.


Kemudian parut menggunakan mesin parut kelapa.


Masukkan ke dalam plastik anggaran sekali masak. Ikat dengan getah atau tali rafia.


Simpanlah dalam peti sejuk. Bila nak guna untuk buat kuih, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik. Selepas tu masaklah kuih apa pun yang kita nak. Mudahkan?

Semoga bermanfaat..

Sabtu, 16 November 2019

Petua rumah kekal wangi

PETUA RUMAH KEKAL WANGI

Kak Nik ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Cuma peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.


So, Kak Nik kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi.

Yang penting, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah kan.

Jom follow 4 cara mudah ni 👍

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot 🌼

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah 🌼

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah 🌼


Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba 😊

Kredit: Nik Zainah Muhammad
*Gambar Sekadar Hiasan

Jumaat, 15 November 2019

Talam Labu Sukatan Cawan

Manis, Lemak dan sedap!

Siapa peminat kuih talam di sini. Cuba bagi tau.. Dalam beraneka jenis kuih talam, jenis kuih talam apa yang paling digemari?


Idea nak buat talam labu ni ialah kerana ada sebiji buah labu yang sudah berkurun lama dibeli, dok tersimpan elok sebelah penapis air.


Bila sekali terjeling kat buah tu rupa-rupanya bahagian atas, part tangkai dia tu dah macam nak rosak.

Jadi, apa lagi. Kenalah buat sesuatu, kan?


RESEPI TALAM LABU SUKATAN CAWAN YANG MUDAH DAN SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Lapisan bawah / Lapisan putih

1 cawan santan kotak
2 cawan air
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan Labu - dipotong dadu dan direbus hingga lembut

Lapisan atas / Lapisan kuning

1 cawan santan kotak
2 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
(kalau tiada tepung kastard boleh sahaja ditukar dengan tepung gandum sepenuhnya dengan sukatan 1 1/2 cawan tepung gandum)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning

Cara-cara membuatnya

Jom kita menalam hari ini. Mula-mula kita sediakan loyang dan bahan-bahannya dahulu.

Sediakan loyang 10"X10" yang dioles dengan sedikit minyak  masak kemudian dialas pula dengan plastik yang besar sedikit saiznya.

Kemaskan plastik supaya melekat sempurna pada loyang.

Masukkan loyang ke dalam pengukus elektrik. Biarkan dulu di situ.


Buah labu dikupas kulit dan dipotong dadu kemudian direbus sehingga empuk. Bila dah masak, angkat dan toskan airnya.


Di dalam sebuah bekas, masukkan santan, air dan tepung gandum. Kacau hingga rata menggunakan whisk.

Letakkan kuali atas dapur dan masukkan satu cawan gula.

Tapiskan bancuhan di dalam bekas tadi terus ke dalam kuali yang mengandungi gula itu tadi.


Buka api dan panaskan sehingga naik wap sambil dikacau selalu. Bila sudah naik wap, tutup api.


Seterusnya tuang adunan santan putih tadi ke dalam loyang yang telah tersedia di dalam pengukus.


Ambil labu yang telah ditoskan tadi dan taburkan ke dalam lapisan bawah.


Balut tutup pengukus dengan kain dan pasang suis pengukus. Kukus selama 20 minit.

Sambil menunggu lapisan bawah masak, kita teruskan dengan menyediakan bahan untuk lapisan atas pula.


Di dalam sebuah bekas, kita bancuhan tepung gandum dan tepung kastard bersama santan, air dan garam. Kacau dengan whisk sehingga rata.


Kemudian kita tapiskan ke dalam kuali. Buka api dan panaskan sehingga naik wap sambil dikacau selalu. Bila sudah naik wap, terus tutup api. Biarkan dahulu.


Bila pengukus sudah berbunyi ting! Buka tutup pengukus. Ambil garpu dan gores kat atasnya.


Sesudah selesai menggores, bolehlah kita tuangkan lapisan kuning tadi di atasnya.


Kemudian kita ambil tutup pengukus dan kukus selama 20 minit.


Selepas 20 minit, kuih talam sudah pun masak. Namun begitu kita Kukus lagi sekali selama 5.minit tanpa tutup pengukus untuk menjadikan lapisan atas kering dan menjadikannya lambat basi.


Tu dia aihhhh...!


Keluarkan dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong dengan pisau plastik.

Jemput ambil piring dan air teh o panas.

Bismillah..

Rabu, 13 November 2019

Resepi Roti John Homemade yang Sedap

Beratur panjang orang menunggu nak beli roti John. Kat pasar malam la. Bukan ku yang buat dan jual.. Aku adalah antara orang yang ramai-ramai beratur tu.. Tukang beli..

😆😆😆


Mak Hencik buat roti John ni ikut selera sendiri. Buat paste banyak-banyak sikit dan boleh disimpan dalam peti sejuk.


Mak Hencik biasa buatkan sarapan untuk anak-anak. Jadi Mak Hencik suka juga buat roti John ni Sebabnya ialah ia mudah dimasak, cepat siap dan semestinya sedap.


Bolehlah buat alas perut anak-anak kita atau cucu-cucu kita atau keluarga kita bersarapan pagi.


RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Roti hotdog secukupnya

2 ketul ayam bahagian isi - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dicincang
5 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air atau secukupnya
Sedikit daun sup, jika suka - dihiris halus
Beberapa biji telur
Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan
Daun salad - dihiris kasar
Cili sos
Mayonis

Cara-cara membuatnya


Isi ayam dicincang.


Cili kering kisar


Bawang besar Holland dan bawang putih yang dicincang.

Cara-cara memasak

Kita sediakan rencah dahulu. Jom!


Langkah 1

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih cincang, bawang besar Holland cincang dan cili kering kisar sehingga garing.

Bila sudah garing, masukkan tempah kari daging. Gaul sehingga sebati. Kalau kita tak suka rasa kari, just skipped yang ini.


Langkah 2

Masukkan isi ayam cincang. Gaul sehingga rata dan sebati.


Langkah 3

Masukkan 1/2 cawan air atau secukup suka.


Sekarang boleh masukkan garam, gula dan serbuk perkasa jika suka, sesedap rasa.


Biarkan ia mereneh dan pekat sambil dikacau sekali sekala.


Bila rencah sudah pekat elok, rasa pun sudah sempurna bolehlah kita tutup api dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas. 


Langkah 4

Sediakan roti hotdog☝️☝️, belah tepi tetapi jangan sampai putus.👇👇



Langkah 5

Hiris kasar daun salad kerinting atau green floral.


Langkah 6

Sediakan bekas yang sesuai. Masukkan 2 sudu besar rencah roti John, sebiji telur dan sedikit daun sup hiris, jika suka. Kacau sehingga rata dan berbuih.


Langkah 7

Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak masak. Tuang bancuhan telur tadi.


Langkah 8

Ambil sebiji roti dan tekapkan di atas telur yang masih cair tadi.


Bila telur sudah bertukar ke warna keperangan, balikkan roti. Biarkan sekejap dan angkat.

Ulangi langkah 6 hingga 8 untuk roti John yang seterusnya. Buatlah seberapa yang kita nak.

Kalau ada rencah lebih, boleh di simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak guna bolehlah dikeluarkan.


Roti yang telah siap tu dimasukkan ke dalam pinggan.


Langkah 9

Letakkan salad dan paipkan sos cilii dan mayonis.


Buat sampai habis.


Kemudian lipat.


Langkah 10

Potong serong roti John tadi dan hidangkan dalam pinggan.

Sedia untuk dinikmati.

Jemput makan sahabat-sahabat semua. Terutamanya seorang sahabat dari Portugal. Terima kasih kerana menyokong Mak Hencik. Awak selalu menjadi orang pertama yang melihat setiap post Mak Hencik. Untuk awak💐 💐💐

Bismillah.. 😋😋😋