Isnin, 30 Disember 2019

Corndog Viral

Tarik... Tarik... Tarik... Sampai seribu kilometer. 😝😝😝



Bila ada jer stok mozzarella cheese block dan sosej dalam peti sejuk, si kakak akan buat benda alah ni. Dia buat ikut resepi dari facebook yang dikongsi warganet. Jadi juga corndognya. Yang memulun makan pastilah dia sendiri dan adik-adiknya. 😁😁😁


Hari ni Mak Hencik kena buat sendiri sebab si kakak dah merajuk empat lima hari lepas lagi. Langsung tak keluar bilik. Masa nak makan tu pun keluar nyorok-nyorok. 😆😆😆Merajuklah kak.. selagi mama dan ayah ada ni.. Lepas ni merajuk ngan suami pulak..😝 😝😝


RESEPI CORNDOG CUCUR LEMAK MANIS ADABI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

10 batang sosej
1 ketul mozzarella cheese
1 bungkus tepung cucur lemak manis adabi
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
Breadcrumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng
20 batang lidi satey

Bahan hiasan
Mayonaise
Sos cili

Cara-cara membuatnya

Jommm.. Jomlah kita ke dapur..


🥖Sosej dipotong empat.

🥖Mozarella cheese - dipotong sama saiz dan panjang dengan potongan sosej. Tapi Mak Hencik potong kiub jer.


🥖Ambil sebatang lidi satey dan cucuk sosej dan cheese berselang-seli.

🥖Cucuk sampai habis. Ketepikan


🥖Sediakan breadcrumb. Ketepikan.


🥖Bancuh tepung cucur lemak manis Adabi dan 2 sudu besar tepung gandum bersama secawan air.

🥖Kacau sehingga sebati. Adunan tidak pekat sangat dan tidak cair sangat.

🥖Tuang adunan dalam gelas tinggi yang boleh menenggelamkan lidi corndog.

🥖Kemudian celuplah corndog ke dalam bancuhan tepung.


🥖Lepas tu salut dengan breadcrumb. Biar breadcrumb bersalut elok.


🥖Masukkan dalam bekas.


🥖Buat sampai habis.


🥖Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnnya 30 minit.


🥖Selepas 30 minit atau esoknya bolehlah digoreng.

🥖Panaskan minyak dalam pan yang boleh memuatkan lidi satey tu.

🥖Goreng sampai keemasan, kemudian balikkan supaya kedua belah masak sekata.


🥖Dah masak, angkat dan toskan minyak. Siapppp!


🥖Masukkan ke dalam pinggan dan picitkan sos cili dan mayonnaise kat atasnya.

🥖Jemput makan semua..

🥖Bismillah..


🥖Tarik.. Tarik.. Tarik..


🥖Yang ni ☝️☝️second round pula.. Tarik.. Tarik.. Tarik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan