Selasa, 10 Disember 2019

Kuih Ketayap

Ada orang panggil kuih ni kuih bantal buruk. Korang panggil apa?


Rasanya dah lama sangat dah tak buat kuih ketayap ni. Seingat Mak Hencik first and last buat ialah semasa anak sulung dan anak kedua masih di bangku sekolah rendah. Dalam empat atau lima tahun lepas agaknya. 😆😆😆

Teringat pula dekat Syahmi, anak jiran rumah Desa Indah dulu tu. Dah form 4 dah dia sekarang. Sejak kami pindah rumah dan dia pula pindah rumah ayahnya di Terengganu, sejak tu lah tak tengok dia.

Masa tu Mak Hencik buat kuih ketayap ni dan dia ada datang bermain dengan abe dan kakak. Suka dia makan kuih ni. Lepas satu-satu di ulang ambil bawah saji untuk dimakan. Semoga kamu sihat dan bahagia selalu ya, Syahmi.


RESEPI KUIH KETAYAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi - tak letak pun tak apa. Cuma fungsinya adalah untuk mengelakkan daripada pecah semasa menggulung.
2 3/4 cawan air pandan
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna hijau epal


Bahan-bahan kelapa parut

1/2 biji kelapa parut putih
1 cawan air
8 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara membuatnya.

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Mula-mula buat persediaan awal sebelum memasak dahulu.


Langkah 1

Cara memasak Inti Kelapa

1. Panaskan air dalam pan bersama gula merah, gula, garam dan daun pandan yang disimpul.

2. Bila gula merah dan gula sudah hancur, masukkan kelapa parut putih. Kacau sehingga sebati dan pekat.

3. Bila sudah pekat, tutup api dan sejukkan.


Langkah 2

Potong kecil lima helai daun pandan dan kisar bersama 2 3/4 cawan air. Tapi dan ambil airnya. Kuih ketayap akan berbau wangi pandan.

Tapi kalau korang tak berapa rajin, just guna air biasa jer pun boleh. Bohlah paste pandan sikit biar bau harum.


Langkah 3

Di dalam bekas, satukan air daun pandan, 2 cawan tepung gandum, sebiji telur, 2 sudu besar minyak masak dan sedikit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga rata.

Tips: kalau nak senang, ko masukkan sahaja dalam blender dan kisar sehingga hancur.


Inilah hasilnya. Jangan sampai ada yang berbintil. Kalu ada.. Tak lulus! Amboiii garangnya.


Langkah 4

Sediakan minyak masak dan berus untuk melengser pada kuali.


Langkah 5

Panaskan pan dan sapu minyak supaya tidak melekat. Kalau ada kuali non stick lagi bagus tau. Heeee.. 😁😁

Tuang satu senduk kecil ke atas pan dan lenggangkan dia supaya menghasilkan lapisan nipis.

Tunggu sehingga masak dan angkat. Tak payah balik dah ya.

Kalau nak senang, buat ajer lempengnya tu sampai habis. Lepas tu bolehlah proceed buat proses gulung-menggulung.


Langkah 6

Ambil inti kelapa secukupnya dan letak di atas lempeng tu. Gulung macam kita buat popia tu jer.


Langkah 7

Haaa..dah siap dah. Namanya terpaksa di tukar kepada kuih Ketayap debab. Kihkihkih. 😂😂😂

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan