Dup dap Dup dap rasa dalam dada. Macam jatuh cinta pula. Tapi bukan.. Dup dap Dup dap ini adalah debaran kerana kali pertama nak membuatmu, si nona manis!
Sahabat FB Aznati Azhar selalu buat kuih comel ni. Dia sertakan resepi sekali. Mak Hencik pun screen shot resepi tersebut dan simpan dalam tepon. Rasa macam lama gak dok memeramnya.
Tengahari semalam pula ada dua pohon pandan ditebang oleh Pak Hencik kerana dah merimbun beranak-pinak. Jadi rasanya.. Inilah saat yang sesuai untuk membuatnya.
RESEPI KUIH NONA MANIS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Aznati Azhar via FB Kongsi Kuih Muih dan Masakan
(menghasilkan 31 biji kuih)
Bahan Aπ
π1 biji telur gred A atau gred B - di kisar sehingga kembang
π1 cawan santan pekat
(Mak Hencik guna 1/2 cawan santan kotak dicampur dengan 1/2 cawan air)
π1 cawan tepung gandum
π1/2 cawan gula
Bahan Bπ
π1/2 cawan santan sederhana pekat
(Mak Hencik guna 2 sudu besar santan kotak dibancuh dengan 1/2 cawan air)
π1/2 cawan air daun pandan
(potong kecil tiga helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
π1/4 cawan tepung jagung
π1/4 cawan gula
π1 sudu kecil pewarna hijau
π1/2 sudu kecil garam
Bahan C π
π2 1/2 cawan santan sederhana pekat (Mak Hencik guna 1 1/2 cawan santan kotak dicampur dengan 1 cawan air)
π4 sudu besar tepung gandum
π2 sudu besar tepung jagung
π1/2 sudu kecil garam
πSedikit minyak masak untuk disapu pada acuan lompang
π31 biji acuan lompang
Cara-cara membuatnya
Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya.
Antara bahan-bahan yang digunakan, iaitu tepung gandum, tepung jagung, gula, santan, air daun pandan, telur, pewarna hijau dan sedikit garam.
Mak Hencik beli 1 kotak santan 500ml untuk buat kuih ni
Langkah 1
Sediakan adunan A
Sebiji telur dikisar sehingga kembang.
Di dalam sebuah bekas, masukkan 1 cawan santan, 1 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan gula. Gaul hingga sebati menggunakan whisk. Kemudian tuang telur dari mesin pengisar tadi dan kacau lagi sehingga sebati.
Tapis dan ketepikan adunan A ini.
Langkah 2
Sediakan adunan B
Di dalam bekas, satukan 1/2 cawan santan, 1/2 cawan air daun pandan, 1/4 cawan tepung jagung, 1/4 cawan gula, secubit garam dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
Tapiskan ke dalam kuali dan masak sehingga pekat dan berkilat. Bila adunan sudah pekat dan berkilat, terus tutup api.
Ambil adunan A tadi dan tuang ke dalam adunan B sambil dikacau menggunakan whisk sehingga rata. Ia akan menghasilkan bancuhan sederhana pekat.
Jika kaler adunan nampak pudar, boleh tambah pewarna hijau. Kacau sebati.
Tunggu sejuk sikit, kemudian bolehlah dituang ke dalam botol sos plastik yang ada satu lubang. Ketepikan.
Langkah 3
Sediakan adunan C
Di dalam sebuah bekas, satukan 2 setengah cawan santan sederhana pekat, 4 sudu besar tepung gandum, 2 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
Tapiskan adunan ke dalam kuali dan masak sambil dikacau sehingga pekat. (Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat) Maksudnya kalau adunan tu dah nak pekat sikit tu, bolehlah tutup api ya. Time ni paling susah Mak Hencik rasa. π π π
Sejukkan sebentar sebelum dituang ke dalam botol sos plastik yang ada satu lubang.
Langkah 4
Acuan lompang disapu dengan minyak masak.
Botol sos bancuhan kaler hijau dan putih pun dah tersedia tu.
Jom mulakan proses menghasilkan kuih nona manis!
Picitkan bancuhan kaler hijau ke dalam acuan sebanyak 3/4 penuh. Buat sampai habis.
Lepas tu paipkan pula bancuhan putih kat tengah-tengah warna hijau tu. Caranya ialah dengan mencelup muncung ke dalam warna hijau di bahagian tengahnya. Kemudian picit sehingga adunan memenuhi acuan.
Yang kat atas tu ☝️☝️ Mak Hencik buat kali pertama. 'Cantikkan'? Tetiba jer terpancut tanpa boleh dikawal Hahaha πππ
Yang ini pula ☝️☝️ percubaan kedua, ketiga dan keempat. Hasilnya kelihatan bertambah baik. Hihihi
πππ
Buatlah sehingga habis adunan tersebut. Ada cacat sikit-sikit tu tak per tau sebab bila dikukus, ia akan jadi cantik gak.
Ini ☝️☝️adalah cara Mak Hencik Paipkan warna putih ke dalam warna hijau.
Langkah 5
Masukkan ke dalam pengukus dan Kukus selama 20 minit. Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kuih.
Bila sudah masak, tutup suis dan keluarkan dari pengukus. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
Oklah juga nampaknya. Bolehlah.. Untuk percubaan pertama. Kalau Mak Hencik boleh buat, korang pun mesti boleh! πͺπͺ
Keluarkan dari acuan.
Si nona manis di dalam piring. Duduk dengan santun sambil menunggu tangan-tangan menyentuhnya.
Jemput menikmatinya wahai sahabat semua..
Bismillah..
Mmmm.. Sedapnya dinikmati bersama teh o suam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan