Sabtu, 7 Disember 2019

Kuah Yong Tau Fu yang Sedap

Hurm... Sedapnya! Rasa macam kat pasar malam. Huhuhu
Sejuk-sejuk macam malam ni memang sedap pekena Yong Tau Fu. Rasa macam lama dah tak beli yong tau fu kat pasar malam.
Ada yang suka tak?
Jom layannnn..


Tetiba anak bujang nak makan Yong Tau Fu. Kami anak-beranak pun pergilah ke kedai sejuk beku mencari bahan-bahan sejuk beku berasaskan ikan, ayam, sotong, ketam, udang, seaweed dan seumpamanya. Bahan-bahan sejuk beku tu Mak Hencik panggil harta karun. Hihihi

Lepas tu balik sampai sahaja di rumah terus Google cara nak buat kuah Yong Tau Fu pula.

Daripada beberapa resepi, diaduk dan dimasak menjadi seperti resepi di bawah 👇👇.


YONG TAU FU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Pelbagai makanan sejuk beku pilihan
1 ikat sayur kangkung
Sedikit bijan, jika suka.

Bahan-bahan Kuah Yong Tau Fu

Kuah Hitam

3 cawan air
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan taucu
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tiram
5 sudu besar gula
1/2 cawan gula merah
1 inci belacan, jika suka

Semua bahan di atas dikisar sehingga taucu hancur.

Kuah Merah

2 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar minyak untuk menumis
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan kacang tumbuk hancur

Cara-cara menyediakannya.


Langkah 1
Penyediaan kuah hitam.

Semua bahan dikisar sehingga taucu hancur.


Kemudian tuang bahan kisar ke dalam sauce pan dan masak sehingga mendidih dan likat. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Siap.


Langkah 2
Penyediaan kuah merah.

Di dalam bekas, satukan air, gula, tepung jagung dan tepung gandum.

Tips: Kalau guna kacang tanah yang disangai sendiri, masukkan jer dalam pengisar bersama air, gula, garam, tepung gandum dan tepung jagung lalu dikisar sehingga kacang tanah hancur tetapi tak perlu sampai lumat.


Langkah 3
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering kisar sehingga masak.


Langkah 4
Apabila sudah masak, tuang bancuhan air dan tepung tadi ke dalam sauce pan.


Masukkan juga kacang tanah kisar.


Masak sehingga mendidih dan pekat. Bila sudah pekat, tutup api.


Langkah 5
Kuah yang sudah siap dimasukkan ke dalam mangkuk hidang.


Langkah 6
Persediaan untuk makan. 😁😁😁

Kangkung dibasuh bersih dan dipotong 3 inci panjang. Agak-agak jer sebenarnya. Hehehe


Harta karun atau bahan-bahan sejuk beku.



Didihkan air dan celur kangkung serta harta karun. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan ditoskan air.


Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah hitam dan kuah merah. Taburkan sedikit bijan jika suka.

Kalau nak pedas, lebih kan kuah merah.

Jadi.. Apa lagi.. Jemput makan kawan-kawan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan