Isnin, 16 Disember 2019

Cucur Jagung Kembung

Sangat sedap dimakan hot-hot!


Sehari dua ni hujan turun tidak berhenti. Maklumlah sekarangkan musim hujan. Dalam berita TV pun dah tunjuk kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Mujurlah di sini tidak banjir. Semoga dipermudahkan urusan semua orang dan urusan kita sendiri ya..


Pagi ni pula hujan sudah berhenti setelah seharian dan semalaman hujan turun. Cuacanya redup sahaja. Angin pula sejuk dan nyaman. Jadi sesuai sangatlah pagi ni kita buat cekodok atau orang utara kata cucuq.


🌾RESEPI CUCUR JAGUNG KEMBUNG YANG MUDAH DAN SEDAP🌾
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

🌾2 cawan tepung gandum
🌾1 sudu kecil yis segera
🌾1 sudu kecil garam
🌾2 sudu besar gula, kalau tidak suka manis tak perlu bubuh
🌾1 sudu besar minyak masak
🌾1 1/4 cawan air
🌾1/2 cawan jagung rebus - dihiris
🌾Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Marilah kita ke dapur .. Ajom!


🌾Di dalam bekas, satukan tepung gandum, garam, gula dan yis. Kemudian tuang air.


🌾Kacau sehingga rata dan masukkan minyak masak. Kacau lagi sehingga rata. Adunan menjadi sangat pekat dan melekit.


🌾Tutup bekas dengan kain maslin atau Mak Hencik guna pinggan jer.
😜😜

🌾Biarkan selama 30 minit.


🌾Bila masa nak menggoreng baharulah kita masukkan jagung hiris. Gaul hingga rata.


🌾Panaskan minyak dalam kuali.
🌾Basahkan hujung jari. Jemput sedikit adunan dan masukkan ke dalam kuali.
🌾Goreng sehingga masak dengan api sederhana.
🌾Balikkan ya supaya cekodok masak sekata.
🌾Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
🌾Goreng sampai habis


🌾Masukkan ke dalam pinggan.


🌾Cukup tak untuk sekali makan tu?Hehehe


🌾Jom kita layan cekodok jagung ni. Cicah pula dengan sos pencicah made in Kelantan, brand burung Merak.
👍👍

🌾Jemput makan kawan-kawan semua..

🌾Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan