Lemak dan manis. Mmm.. Sedap sangat!
Berkurun lama tak buat benda alah ni. Kebetulan pergi pasaraya hari tu ternampak berat pulut hitam siap bungkus. Jadi, Mak Hencik capai satu. Sebelum buat tu sempat lagi perap beras pulut hitam tu dua minggu. Hihihi 😆😆😆
Selepas tu pergi Aeon, pergi makan. Masa makan tu ada seorang budak perempuan datang dekat Mak Hencik jual kerepek ubi pedas. Pernah beli tapi kat Tesko rasanya. Sedap juga kerepek budak ni. Anak-anak pun suka makan, jadi Mak Hencik pun beli jer la.
Lepas tu anak-anak nak beli roti. Jadi, diorang pergi ke tempat roti. Mak Hencik pula pergi ke bahagian pasar raya. Sajer jer nak ronda-ronda. Masa tu ternampak beras pulut hitam. Cantik sangat kualiti berasnya. Tapi kat rumah dah ada, jadi tak lah beli. Hehehe😆😆😆
Hari ni terjadilah.. Jadi nyata..
😄😄😄
BUBUR PULUT HITAM
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 cawan beras pulut hitam
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat - Mak Hencik guna 1 kotak kecil santan segera
1 sudu kecil garam
Cara-cara membuatnya
Jom kita ke dapur
🌱Basuh bersih beras pulut hitam.
🌱Rebus bersama air.
🌱Biarkan sehingga beras pulut hitam lembut atau masak.
🌱Bila beras pulut hitam sudah lembut, masukkan gula, garam dan santan.
🌱Biarkan sehingga mendidik sambil dikacau sekali-"sekala
🌱Bila sudah mendidik, sempurnakan rasa dahulu sebelum tutup api.
🌱Boleh masukkan ke dalam mangkuk hidang.
🌱Sedia untuk dinikmati
🌱Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan