Memaparkan catatan dengan label Resepi bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi bubur. Papar semua catatan

Isnin, 24 Januari 2022

Wadai Kepeng Buah Nangka

 Resepi ni sangat mudah dibuat dan sangat sedap dimakan sebagai pencuci mulut.

Rasa dan bau buah nangka memang membangkitkan rasa dan aroma kuah bubur kepek hidung ini!

Bila buat kuih ni, terus teringatkan bulan Ramadhan..


RESEPI BUBUR WADAI KEPENG DAN NANGKA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Bahan wadai kipang
2 cawan tepung beras pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air

Bahan kuah
4 sudu besar gula, tambah jika nak lebih manis
3 cawan santan
6 ulas nangka, dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam

Bahan pemekat
1/2 cawan air dibancuh  dengan 2 sudu besar tepung beras

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom kita ke dapur


Isi nangka dipotong kecil, Ketepikan.


Di dalam bekas, satukan tepung beras pulut bersama tepung gandum.

Masukkan secawan air, gaul menggunakan jari sehingga membentuk adunan yang lembut dan boleh dibentuk. 

Jika adunan masih keras, tambah air sedikit demi sedikit untuk mbentuk adunan yang lembut.


Ambil sedikit adunan dan bulatkan sebesar guli. Kemudian tekan di bahagian tengah dengan jari. Ada nampak kepek kat situ ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜„

Letak atas dulang yang ditabur dengan tepung gandum.

Buat sehingga habis adunan.


Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan wadai kipeng tadi. Tunggu sehingga ia timbul.

Bila ia dah timbul, angkat menggunakan pengetos dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Tujuannya adalah supaya ia tidak melekat sesama sendiri. Ketepikan.


Sediakan bahan pemekat iaitu membancuh 2 sudu besar tepung beras dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.


Selepas itu, dalam sebuah periuk, masukkan santan, gula dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.

 Kacau sehingga kuah mendidih. Bila sudah mendidih, tuang bahan pemekat iaitu bancuhan tepung jagung tadi. Kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat 


Masukkan buah nangka yang telah dipotong 


Masukkan juga wadai kipeng yang ditoskan air

Kacau seketika sehingga buah nangka lembut.


Dah siap..

Jom.. ambik mangkuk.

Bismillah..

Rabu, 18 Disember 2019

Bubur Pulut Hitam yang Sedap

Lemak dan manis. Mmm.. Sedap sangat!


Berkurun lama tak buat benda alah ni. Kebetulan pergi pasaraya hari tu ternampak berat pulut hitam siap bungkus. Jadi, Mak Hencik capai satu. Sebelum buat tu sempat lagi perap beras pulut hitam tu dua minggu. Hihihi ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Selepas tu pergi Aeon, pergi makan. Masa makan tu ada seorang budak perempuan datang dekat Mak Hencik jual kerepek ubi pedas. Pernah beli tapi kat Tesko rasanya. Sedap juga kerepek budak ni. Anak-anak pun suka makan, jadi Mak Hencik pun beli jer la.

Lepas tu anak-anak nak beli roti. Jadi, diorang pergi ke tempat roti. Mak Hencik pula pergi ke bahagian pasar raya. Sajer jer nak ronda-ronda. Masa tu ternampak beras pulut hitam. Cantik sangat kualiti berasnya. Tapi kat rumah dah ada, jadi tak lah beli.  Hehehe๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Hari ni terjadilah.. Jadi nyata..
 ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


BUBUR PULUT HITAM
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 cawan beras pulut hitam
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat - Mak Hencik guna 1 kotak kecil santan segera
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur


๐ŸŒฑBasuh bersih beras pulut hitam.

๐ŸŒฑRebus bersama air.

๐ŸŒฑBiarkan sehingga beras pulut hitam lembut atau masak.


๐ŸŒฑBila beras pulut hitam sudah lembut, masukkan gula, garam dan santan.

๐ŸŒฑBiarkan sehingga mendidik sambil dikacau sekali-"sekala


๐ŸŒฑBila sudah mendidik, sempurnakan rasa dahulu sebelum tutup api.


๐ŸŒฑBoleh masukkan ke dalam mangkuk hidang.

๐ŸŒฑSedia untuk dinikmati

๐ŸŒฑBismillah..

Isnin, 2 September 2019

Serawa Durian dan Pulut

Mmmmm.. Memang sedap! Memang lazat!




Banyak pula peniaga durian di pasar minggu hari ini. Lima enam tuan. Durian pula dah ada jual longgok. Selonggok rm20 sahaja. Ada laa dalam 4 ke 5 biji. Tak sempat kira betul-betul pulak musim durian dah nak habis.



Masa beli tadi penjual durian yang Ramai-ramai pagi tadi dah balik. Tinggal satu lori penjual durian jer. Beli lah juga dua longgok. Pastu dia bagi free satu longgok. Terima kasih daun keladi ya penjual durian.



SERAWA DURIAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

15-20 biji durian
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 kerek (keping) manisan Kelantan saiz kecil
1/2 cawan gula, boleh kurangkan jika tidak suka manis
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Ajommmm...



Sediakan durian. Untuk buat serawa, durian yang masak ranum adalah sesuai. Pastikan durian tu manis, baharulah sedap serawa durian kita!



Santan, manisan Kelantan dan gula. Kalau tiada manisan, boleh ajer guna gula merah.



Langkah 1
Di dalam periuk, masukkan santan, air, gula, garam dan isi durian.



Langkah 2
Kacau sekali-sekala sehingga isi durian tertanggal dari bijinya.



Langkah 3.
Sudah masak tutup api. Siap!

Ajommmm kita menanak pulut pula. Kita tanak pulut guna dapur gas jer sebab sikit jer kita tanak.

Senang jer nak tanak pulut ni. Kalau selalu praktis, memang mudah..

PULUT TANAK

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
3 cawan air

Cara-cara menyediakannya.

Jommm..



Basuh 2 cawan beras pulut dengan air 3 kali. Kemudian masukkan air. Lebihkan air 2-3 inci dari aras pulut.

Letakkan atas api dan tunggu sehingga menggelegak. Selepas menggelegak 2-3minit, Baharu lah tutup api.



Angkat periuk dan tuang air dari periuk ke dalam sinki. Kalau ada air lebihan sikit-sikit tu OK jer.



Lepas tu letak semula periuk tadi di atas dapur dan tutup periuk. Bukalah api perlahan. Tunggu sehingga naik wap.



Bila dah naik wap, cuba lah buka tudung periuk tu. Dah masakkan?
๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Bolehlah kita hidangan dengan serawa durian. Kalau malas nak masak pulut makan dengan roti pun best gak serawa durian ni..



Jemput makan kawan-kawan semua..

Bismillah..

Ahad, 25 Mac 2018

Bubur Kacang Hijau Ais Krim Durian yang Sedap

Ada makanan manis tak? Rasa macam nak makan bubur kacang pula. Kalau ada bubur kacang ni sedap ni.. ngomel si dia petang tadi.


Aku pun pergilah ke dapur, buka pintu kabinet cari balang berisi kacang hijau. Kot-kot ada. Ooo ada ni sepaket kecil. Santan pun ada. Jadi boleh on lah buat bubur kacang.


BUBUR KACANG HIJAU AISKRIM DURIAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

200g kacang hijau
1 cawan santan pekat
2 cawan air atau secukupnya
1 cawan susu sejat
2 kerek manisan saiz kecil - kalau tiada, ganti dengan gula melaka
1/3 cawan gula atau secukupnya
1/2 sudu kecil garam
1 batang ais krim durian - kalau ada banyak, bubuhlah banyak.
Sehelai daun pandan disimpul

Cara-cara membuatnya


Kacang hijau dibasuh bersih.


Godek ais krim dalam peti sejuk, ada sebatang jer. Beberapa hari lepas beli ais  krim beberapa batang untuk bebetapa jenis. Nak perisa durian lima batang  tapi dapat satu jer. Dah habis, kata abang Bangla jual ais krim motor.


Pergi jenguk ke luar pintu dapur, nak ambil sehelai dua daun pandan. Tapi nampaknya tak ada rezeki kita.. togel daunnya diragut encik moooooo..


Bubuh kacang hijau di dalam periuk, masukkan air secukupnya dan tutup periuk. Buka api dan rebus kacang hijau tersebut sehingga empuk.


Sesudah empuk, masukkan santan pekat, air, susu cair, garam, manisan kerek dan gula. Masukkan daun pandan jika ada.


Masukkan juga ais krim durian. Bubuh sebatang ni tak ada rasa mana. So, uols boleh bubuh secukupnya.


Biarkan bubur mendidih seketika sambil dikacau. Apabila sudah masak, boleh tutup api.


Jom menjamu selera.. jemput kawan-kawan..

Bismillah

Isnin, 26 Februari 2018

Bubur Jagung Manis yang Sedap

Tak ada cara lain dah nak masak bubur nih. Begitulah caranya dari dulu, kini dan selama-lamanya. Ewahhh confident nampak. Ha ah! Awak rasa? ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰



Semasa menghadiri kursus anjuran Maktab Koperasi Malaysia beberapa hari yang lalu Mak Hencik telah membeli jagung ni. Sangat berpatutan harganya rm10 dapat 8 batang. Jagung ni pula baru dipetik, jadi rasanya manis dan lembut.


RESEPI BUBUR JAGUNG MANIS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

7 batang jagung saiz besar
1 cawan santan pekat
1 cawan susu sejat
3 cawan air atau secukupnya
1 kerek manisan
1/2 cawan gula atau secukupnya
1/3 cawan sagu kecil
2 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam

Cara-cara membuatnya


Kulit jagung dikoyak dan diceraikan dari jagung. Terus nampak barisan isinya. Geram pula tengok jagung yang besar dan  penuh isinya ni. Kalau jagung yang Mak Hencik tanam, isinya rongak sana-sini. Isinya boleh dibilang dengan jari. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 


Hiris jagung halus-halus. Buat sampai habis. Kalau lenguh berhenti rehat dulu. Kalau mengantuk pun pergi tidur dulu. Bukan apa.. takut berlaku kemalangan.. terhiris jari nanti.. ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜จ


Akhirnya siap dikerjakan dengan penuh kasih sayang.


Mula-mula ambil periuk, masukkan jagung hiris, daun pandan dan air lebih sedikit dari aras jagung. Rebus jagung sehingga lembut.


Apabila isi jagung sudah masak, air pun hampir kering, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. Kacau rata.


Manisan kerek


Masukkan manisan, gula dan sedikit garam. Biarkan ia mendidih. Sambil tu kacau sekali-sekala.


Untuk menambah kelazatan, tuang susu sejat. Kacau lagi.


Sediakan sagu halus. Basuh bersih dan toskan. Nak guna sagu putih boleh atau sagu merah pun boleh. Mak Hencik guna kaler hijau.


Masukkan ke dalam bubur. Biarkan mereneh seketika sehingga sagu masak.


Sudah masak, sudah cukup manis, sudah cukup lemak, bolehlah tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan sedia untuk dingappp! Kikiki. Macam makan apa la pulak. Selamat menjamu selera ya kawan-kawan.

Bismillah..