Nak kata sedap, tak lah sedap sangat. Nak kata tak sedap, tak ada lah sedap sangat jugak. Orang kata so-so gitu. 😆😆😆 Daripada langsung tak ada makanan, kira nya cucur kentang ni bolehlah dijadikan makanan alternatif. Tambah-tambah kalau kentang tu dah bertunas. Kalau tunggu sikit-sikit lagi takut pucuknya menjalar ke atas bumbung pulak. Jadi bertambah masalah pulak karang.
😂😂😂
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
4 biji kentang - direbus dan dilecek
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk roti
1 sudu kecil serbuk Maggi secukup rasa
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya.
Jom.. Jom.. Kita membuat cucur hari ini.
Kentang direbus dan dilecek.
Di dalam bekas merah, masukkan kentang lecek, tepung gandum, tepung jagung, serbuk Maggi secukup rasa dan sedikit garam. Gaul sehingga rata.
Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di bentuk.
Cubit sedikit adunan dan bentukkan menjadi selinder seperti gambar☝️☝️atau boleh ajer bentukkan macam 'smiley'. Adunan ini pun adunan smiley sebenarnya.
Tapi itu lah.. Dek kerana rajin terlampau.. dah berubah jadi selinder lak. 😆😆😆
Kalau adunan masih lembik, boleh tambah tepung jagung sikit. Selepas selesai membentuk, kita pergi ke langkah seterusnya.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur kentang sehingga garing.
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
Jom menikmatinya..
Bismillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan