Khamis, 5 Disember 2019

Cokodok Kentang

Garing di luar, lembut di dalam. Dicicah pula dengan sos pencicah. Setengah pinggan pun boleh hadap sorang-sorang. Ishhh..! Punya lah pelahap hangpa sorang nih! 😆😆😆


Nak kata sedap, tak lah sedap sangat. Nak kata tak sedap, tak ada lah sedap sangat jugak. Orang kata so-so gitu. 😆😆😆 Daripada langsung tak ada makanan, kira nya cucur kentang ni bolehlah dijadikan makanan alternatif. Tambah-tambah kalau kentang tu dah bertunas. Kalau tunggu sikit-sikit lagi takut pucuknya menjalar ke atas bumbung pulak. Jadi bertambah masalah pulak karang. 
😂😂😂


 CUCUR KENTANG
Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

4 biji kentang - direbus dan dilecek
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk roti
1 sudu kecil serbuk Maggi secukup rasa
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya.

Jom.. Jom.. Kita membuat cucur hari ini.


Kentang direbus dan dilecek.


Di dalam bekas merah, masukkan kentang lecek, tepung gandum, tepung jagung, serbuk Maggi secukup rasa dan sedikit garam. Gaul sehingga rata.


Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di bentuk. 


Cubit sedikit adunan dan bentukkan menjadi selinder seperti gambar☝️☝️atau boleh ajer bentukkan macam 'smiley'. Adunan ini pun adunan smiley sebenarnya. 

Tapi itu lah.. Dek kerana rajin terlampau.. dah berubah jadi selinder lak. 😆😆😆

Kalau adunan masih lembik, boleh tambah tepung jagung sikit. Selepas selesai membentuk, kita pergi ke langkah seterusnya. 


Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur kentang sehingga garing.


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


 Hidangkan dalam pinggan hidang bersama sos pencicah keropok.

Jom menikmatinya..

Bismillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan