Wangi labu, manis dan lemak. Oh sedapnya!
Buah labu ni Mak Hencik beli dengan harga seringgit sahaja. Masa tu tengah 'sale', sebab itu lah harganya murah.
1/4 buah labu ni Mak Hencik sudah gunakan untuk masak Sayur Lemak Labu. 3/4 lagi tu disimpan dalam peti sejuk. Ada sekali tu Mak Hencik buat goreng pisang, jadi 1/3 lagi Mak Hencik hiris sederhana tebal dan goreng. Buah labu goreng ni idea dari kawan-kawan Facebook. Sedap juga rasanya tau.. Jadi buah labu Mak Hencik tinggal lagi 1/2 biji.
Setelah beberapa hari ber'hibernate' dalam peti sejuk risau pula takut rosak. Jadi Mak Hencik pun dengan berat hati buat keputusan untuk melupuskan lebihan labu tersebut.. Berat hati tu bukannya kerana apa.. Kerana rasa malas yang masih menebal. Hahaha ððð
Dengan itu berakhirlah riwayat sebiji labu. Antara sumbangan sepanjang hayatnya ialah masak sayur Lemak labu, labu goreng dan kuih Kaswi labu. Hurm.. Banyak jasa kau wahai si labu kuning. ð
1/4 + 1/4 + 1/2 = 1 biji labu. Kelas Matematik tajuk pecahan pun berakhir. Terima kasih cikgu..! ðð
RESEPI KUIH LOMPANG LABU
Oleh Dapur Cempakasari
Kredit resepi : ig wan_zura_aisyah
Bahan-bahan
2 cawan labu - direbus dan dilecek
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1 sudu besar air kapur
Beberapa titis pewarna kuning telur jika suka.
Sedikit kelapa parut putih dan secubit garam digaul rata
Cara-cara menyediakannya.
Jom.. Jom.. Hari ini kita menguih..
Buah labu di potong kecil dan direbus serta ditoskan air.
Acuan lompang disapu dengan minyak masak. Terus susun di dalam pengukus. Biarkan sahaja dulu di situ.
Sementara itu kita sediakan adunan kuih lompang.
Di dalam pengisar, masukkan santan, tepung beras, tepung ubi, gula, pewarna kuning dan air kapur.
Kisar sehingga lumat.
Tuang ke dalam acuan. Kemudian kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Kelapa parut putih dicampur dengan sedikit garam juga dikukus supaya kelapa tersebut tahan lama.
Bila sudah masak, keluarkan dari acuan dan salutkan dengan kelapa parut. Untuk makluman kuih lompang labu ni tidak ada lesung pipit.. ðĪŠðĪŠðĪŠ Namun begitu, rasanya masih manis dan menggoda anak tekak kita.. ððð
Sedia untuk dimakan sama ada pada waktu pagi atau petang.
Jemput makan..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan