Perlukan kudapan semasa bersembang atau menonton televisyen? Inilah jawapannya.
Ni maruku melayu ni sebab letak udang kering dan cili kering. 😆😆
MARUKU KAK BESAH
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Kak Besah via MyRecipe
Bahan-bahan
1 bungkus tepung muruku segera
1 bungkus beras pulut
1 senduk nasi serbuk kari daging
1 senduk nasi bijan
🌸2 senduk nasi cili kering kisar
🌸1/2 senduk nasi udang kering
🌸7 biji bawang putih
🌸2 biji telur gred A
🌸2 cawan santan (Mak Hencik guna 1 kotak santan segera + 1 cawan air)
🌸1 sudu besar garam
🌸1 sudu besar gula (Mak Hencik bubuh 4 sudu besar)
Daun kari secukupnya
Minyak untuk goreng terendam
Bahan yang beranda 🌸 hendaklah dikisar sehingga lumat.
Cara-cara membuatnya.
Jom...
Sebelum itu mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Antara bahan-bahan yang digunakan.
Daun kari dan daun pisang dari belakang rumah. Daun pisang tu untuk alas jer, kalau tak ada tak per.
Senjata untuk buat muruku. Pilihlah bentuk yang berkenan di hati.
Senduk nasi yang Mak Hencik gunakan. Senduk nasi biasa jer. Agaknya kak Besah pun guna sudip canni gak kot. Heeee.. 😁😁
Dah ada semua bahan-bahan, marilah kita meneruskan misi.
Langkah 1
Masukkan santan,air, bawang putih, udang kering, cili kering, garam dan gula ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
Lepas tu masukkan telur dan kisar sebentar dalam 6 saat. Tutup suis.
Langkah 2
Di dalam besen yang sesuai, masukkan tepung muruku, tepung pulut, bijan dan serbuk kari. Gaul sehingga rata.
Langkah 3
Tuang bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung.
Gaul sehingga rata dan membentuk adunan yang lembut supaya senang untuk di tekan dengan acuan nanti. Kalau rasa adunan tu keras sikit, boleh la tambah sedikit air lagi. Kalau adunan keras, jenuhlah kita time nak menekan nanti.
Langkah 4
Masukkan adunan ke dalam acuan muruku. Tekan ke atas daun pisang.
Macam ni ler lebih kurang. Hehe. Buat banyak-banyak lah ya.
Langkah 5
Panaskan minyak dan masukkan maruku. Taburkan daun kari sekali. Gorenglah sehingga masak. Api sedang-sedang jer ya.
Kalau nak cepat, terus jer tekan maruku ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Lepas tu tabur daun kari. Bila warna sudah keperangan, balikkan maruku dan biarkan sehingga masak.
Langkah 6
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
Goreng sehingga habis.
Langkah 7
Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam balang. Untuk projek hari ini Mak Hencik dapat tiga balang besar.
Jom makan.
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan