Memaparkan catatan dengan label Resepi biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi biskut. Papar semua catatan

Khamis, 3 Jun 2021

Semperit Papan Pandan

Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis. Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis.
Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis.
Aikkk.. naper tu.. ohhh.. rupanya sebab sedap sangat..!πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ


Semperit papan ni sama juga adunannya dengan biskut semperit bunga daisy, cuma bentuknya nipis dan panjang dalam 2 ke 3 inci.

Rasanya pun tiada bezanya, cuma is lebih lembut sebab ia nipis. Kepada penggemar biskut semperit, bolehlah cuba versi pandan bentuk papan juga. 


RESEPI BISKUT SEMPERIT PAPAN PANDAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250gm buku mentega 
1 cawan gula halus
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau

Sedikit coklat rice warna-warni jika suka, sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


πŸ’›Di dalam bekas adunan, masukkan 1 buku mentega, 1 cawan gula, 1 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla.

πŸ’›Kacau sehingga rata menggunakan spatula atau senduk kayu. 


πŸ’›Bila sudah rata masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit diikuti dengan tepung jagung dan tepung gandum. Akhir sekali bubuhkan tepung beras.


πŸ’›Uli sehingga sebati. Adunannya pun lembut jer.


πŸ’›Sediakan loyang yang disapu dengan sedikit mentega atau alas jer dengan backing paper..


πŸ’›Mak Hencik guna acuan tat nenas yang tekan tu. Jadi, just masukkan adunan dalam acuan dan tekan sehingga keluar bentuk. 

πŸ’›Kalau buat panjang-panjang lagi cepat siap. Hihihi


πŸ’›Lepas tu ambik pisau plastik dan potong kepada 2 setengah inci panjang. (Saiz panjang mana tu sebetulnya ikut uols laa yea..)


πŸ’› Pastu alih ke atas dulang. 

πŸ’› Kalau suka, bolehlah ditabur coklat rice warna-warni sebagai hiasan. Tak nak letak pun takper.


πŸ’›Adunan ni dapat banyak juga yea.. 

πŸ’›Panaskan oven suhu 180°C selama 10 minit.

πŸ’›Kemudian bakar selama 15 ke 20 minit, ikut ragam oven memasing.


πŸ’›Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk sedikit.


πŸ’›Bila dah sejuk sikit, bolehlah masukkan ke dalam balang.

πŸ’›Bila nak makan, bolehlah ambik dan makan..

πŸ’› Bismillah.. mmm.. rangup!

Sabtu, 1 Jun 2019

Biskut Cornflakes Madu

Mudah untuk di sediakan.. Dan mudah habis!


Ni biskut pebret anak-anak. Maka setiap kali beraya, inilah antara biskut wajib yang akan dibuat. Atau lebih tempat lagi, mereka yang buat! πŸ˜€πŸ˜€

Lepas buat tu simpan di tempat yang selamat supaya selamat wujudnya pada hari raya. Kalau tidak nanti bila tiba hari raya karang, biskut ni dah selamaaaat jalan. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Biskut ni juga adalah kegemaran PrettyZiela, kawan Mak Hencik. Pernah terjadi semasa beraya di rumah saudara sambil bersembang tu di ambil biskut ni dengan bekasnya sekali. Alih-alih dah habis bersembang, bekas dah tinggal kosong di'sapu'nya. 😁😁😁


Biskut Cornflakes Madu
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

1 kotak besar cornflakes
3/4 daripada 250 gm mentega
1/2 cawan madu
5 sudu besar gula (membukit)
Paper cup secukupnya

Hiasan
Coklat rice warna-warni atau apa-apa yang sesuai ikut kegemaran masing-masing

Cara-cara menyediakannya.

Jom...


Antara bahan-bahan yang digunakan.


1. Masukkan cornflakes ke dalam bekas yang besar dan sesuai untuk menggaul. Biarkan.

2. Masukkan mentega, gula dan madu ke dalam kuali dan buka api. Biar kan mentega cair sambil dikacau sehingga sebati. Bila sudah cair mentega dan sebati adunannya, tutup api.


3. Tuang ke dalam bekas yang berisi cornflakes tadi. Hati-hati semasa menuang sebab panas tu beb! Lepas tu kacau guna senduk kayu ke senduk besi ke.. Ada ku kesah?! Hahaha

Bila dah rata segala, berhenti lah mengacaunya ya. Tak perlu tunjuk over rajin pula ya.


4. Sementara tu sediakan paper cup yang kecil tu.


5. Sudukan ke dalam paper cup secukupnya. Jangan bubuh sikit sangat pulak. Nanti nampak nau kau tu taik hidung masin. Jangan buka aib sendiri tu ya. Ehe he he. Jangan bubuh banyak sangat pula, nanti nampak pula kau tu pemboros. (pulak dah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…)


6. Lepas tu tabur dengan hiasan yang disukai. Mak Hencik guna coklat rice warna-warni.

*panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C


7. Bakar dalam oven selama 10 minit.


8. Keluarkan dari oven dan sejuk kan sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Jangan lupa sorok kan di tempat yang selamaaaat.

Selamat hari raya..
Maaf zahir dan batin..

Jumaat, 31 Mei 2019

Biskut Semperit Klasik

Sangat mudah untuk membuatnya. Dah tentu-tentu jadi! 😜😜😜


Lagi tinggal beberapa hari lagi nak raya. Kebetulan pula cuti sekolah. Hah! Apa lagi.. Anak-anak.... Jom buat biskut raya. Tadi korang kata bosan, kan. 😁😁😁


Biskut bunga dahlia atau samperit  ni banyak versi. Tahun ni kita berkenan dengan resepi dari Facebook, biskut samperit klasik. Biskut ni rangup dan tidak berderai. πŸ‘πŸ‘


Biskut Samperit Klasik
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna merah, jika suka.

Hiasan
Coklat cip atau ceri atau ikut kegemaran memasing.

Cara-cara membuatnya

Jom..


Di dalam mangkuk adunan, masukkan gula kastor, mentega, kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan sudip.


Kemudian masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga rata.


Adunan dibahagi dua. Satu bahagian di letak pewarna merah. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.

*biskut ni asalnya warna kuning, tapi sajer jer nak kelainan warna. Hehe


Nak bagi mudah, cantumkan adunan seperti di atas πŸ‘†πŸ‘†. Lepas tu masukkan dalam acuan samperit. Nak yang pecah 6 ke 8 ke 15 ke suka hati uols.


Tekan ya jangan tak tekan. πŸ˜€πŸ˜€


Letak hiasan di atasnya.

*Biarkan selama 30 minit sebelum dibakar supaya kelopaknya tidak jatuh nanti.


Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit. Kemudian bolehlah bakar selama 25 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sedikit sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Inilah hasilnya hari ini. Kudapan di hari raya nanti.

Selamat menyambut aidil fitri
Maaf zahir dan batin..

Selasa, 23 Oktober 2018

Biskut Samperit Dahlia Tanpa Telur sukatan cawan

Selain Hari Raya, kita juga boleh buat biskut ni sebagai kudapan.. atau sebagai buah tangan untuk majlis kenduri-kendara.



Ada banyak resepi samperit nih. Samperit susu, samperit cheese, samperit pandan dan samperit klasik. Sukatan dan bahan-bahan yang digunakan juga ada sedikit perbezaan, tapi yang penting ia adalah SAMPERIT! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Resepi ini pula Mak Hencik ambil dari blog Cik Matahari. Asalnya dari sukatan metrik, tapi oleh kerana Mak Hencik kurang rajin dalam timbang-menimbang, Mak Hencik tukar ke sukatan cawan.

Pada tekak Mak Hencik ni rasanya sedap dan berderai bila masuk dalam mulut. Entahlah kalau korang tak suka.. ✌✌


Biskut Samperit Dahlia Tanpa Telur
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250g mentega
1 cawan gula kastor, kurangkan 1 sudu besar sebab rasa cam manis kalau setengah cawan penuh.
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung red rose, kalau xde boleh jer ganti dengan tepung gandum ,( kalau lembik tambah lagi 1/2 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Jom mengukis!


Di dalam bekas yang sesuai, masukkan gula kastor, mentega dan esen vanila.


Mula-mula gaul guna sudip dahulu. Bila sudah agak sebati, baharulah guna jari-jemari kita.


Ia akan jadi macam di atas πŸ‘†πŸ‘†. Jangan risau, teruskan sahaja usaha menguli.


Akhirnya adunan akan menjadi seperti di atas. πŸ‘†πŸ‘†


Sediakan senjatanya. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Acuan pecah 6, pecah 7, 8 hingga ke 15. Pilihlah yang mana suka. Untuk hari ini, Mak Hencik pilih acuan paling murah seperti gambar di atas.


Walaupun guna acuan murah, tapi cantiklah juga samperit kita ni.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Bakar pada suhu 170° selama 15-20 minit, atau ikut ragam oven masing-masing.

Tips: kata orang yang biasa buat biskut ni, supaya kelopaknya tak jatuh kita kena biarkan dulu dalam 15 ke 30 minit sebelum dibakar.


Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.


Yang πŸ‘†πŸ‘† nak bawa ke ofis. Pindahkan dari balang ke bekas cute nih. Berderai..

Jom menikmatinya..

Bismillah..

Ahad, 10 Jun 2018

Biskut Florentine

Biji labu, kuaci dan bijan hitam ada dalam stok, yang tak ada cuma badam keping sahaja. Jadi kenalah gi kedai bakeri lagi.. bila gi kedai bakeri benda lain lagi dibeli. Hadoiii.. kempis poketku! πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯


RESEPI BISKUT FLORENTiNE
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

200g tepung florenta
250g badam keping
100g bij labu
100g biji kuaci
20g bijan hitam

Cara-cara membuatnya

Jom..


Antara bahan-bahan yang digunakan. Bijan hitam, biji kuaci, biji labu, badam keping dan tepung florenta.

Tepung florenta ni beli di kedai bakeri. Dah siap ada gula.

Jom mulakan..


Bakar badam keping, kuaci, biji labu dan bijan hitam dalam oven selama 5 minit pada suhu 160°C.

Dah siap, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika.

Apabila bahan kekacang tadi sudah sejuk, bolehlah kita teruskan operasi.


Dalam bekas adunan, masukkan tepung florenta, badam slice, kuaci, biji labu dan bijan hitam. Gaul sehingga rata.

Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160°C.

Sambil tu kita boleh teruskan misi kita..


Masukkan kurang lebih 1 sudu besar ke dalam cup berlilin tu. Kalau nampak tebal, adjustlah. Kurangkan sikit. Jangan terlalu tebal.

Pilih cup yang berlilin ker apa. Dia macam licin sikit kat dalamnya tu. Jadi, dia tak melekat.


Contoh cup yang diguna. πŸ‘†πŸ‘†

Semua ni anak-anaklah yang sibuk nak membantu. Jadi, biar depa lah yang buat. Bila budak-budak yang buat, faham-faham sahajalah. Ada tebal..ada yang nipis. Huhu

Bila dah siap semua, bolehlah dimasukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 8-10 minit. Selalu intai jendela oven tu ya. Maklumlah lain oven lain ragamnya. Huhu

Dulang pertama tadi rasanya 10 minit, bila buat yang kedua macam nak hangusla pulak. Tak sempurna betul diriku ini. Huhu



Dah nampak perang sikit, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika.

Tekan sikit bawah cup tu, dia akan tanggal sendiri.

Okebai!

🌼terima kasih Allah