Khamis, 3 Jun 2021

Semperit Papan Pandan

Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis. Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis.
Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis.
Aikkk.. naper tu.. ohhh.. rupanya sebab sedap sangat..!๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ


Semperit papan ni sama juga adunannya dengan biskut semperit bunga daisy, cuma bentuknya nipis dan panjang dalam 2 ke 3 inci.

Rasanya pun tiada bezanya, cuma is lebih lembut sebab ia nipis. Kepada penggemar biskut semperit, bolehlah cuba versi pandan bentuk papan juga. 


RESEPI BISKUT SEMPERIT PAPAN PANDAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250gm buku mentega 
1 cawan gula halus
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau

Sedikit coklat rice warna-warni jika suka, sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


๐Ÿ’›Di dalam bekas adunan, masukkan 1 buku mentega, 1 cawan gula, 1 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla.

๐Ÿ’›Kacau sehingga rata menggunakan spatula atau senduk kayu. 


๐Ÿ’›Bila sudah rata masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit diikuti dengan tepung jagung dan tepung gandum. Akhir sekali bubuhkan tepung beras.


๐Ÿ’›Uli sehingga sebati. Adunannya pun lembut jer.


๐Ÿ’›Sediakan loyang yang disapu dengan sedikit mentega atau alas jer dengan backing paper..


๐Ÿ’›Mak Hencik guna acuan tat nenas yang tekan tu. Jadi, just masukkan adunan dalam acuan dan tekan sehingga keluar bentuk. 

๐Ÿ’›Kalau buat panjang-panjang lagi cepat siap. Hihihi


๐Ÿ’›Lepas tu ambik pisau plastik dan potong kepada 2 setengah inci panjang. (Saiz panjang mana tu sebetulnya ikut uols laa yea..)


๐Ÿ’› Pastu alih ke atas dulang. 

๐Ÿ’› Kalau suka, bolehlah ditabur coklat rice warna-warni sebagai hiasan. Tak nak letak pun takper.


๐Ÿ’›Adunan ni dapat banyak juga yea.. 

๐Ÿ’›Panaskan oven suhu 180°C selama 10 minit.

๐Ÿ’›Kemudian bakar selama 15 ke 20 minit, ikut ragam oven memasing.


๐Ÿ’›Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk sedikit.


๐Ÿ’›Bila dah sejuk sikit, bolehlah masukkan ke dalam balang.

๐Ÿ’›Bila nak makan, bolehlah ambik dan makan..

๐Ÿ’› Bismillah.. mmm.. rangup!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan