Pulut pagi ni rasanya manis. Diregukan dengan kelapa muda parut yang dibubuh sedikit garam. Jadi rasanya akan jadi manis, lemak dan sedikit masin. Suka tak makan pulut ni di waktu pagi? Kalau suka, kita boleh membuatnya sendiri. Ajom!
Eh eh dah cakap macam ahli ekonomi plak kali ni. Kih3
RESEPI PULUT PAGI
🧡Di dalam sauce pan, masukkan secawan air dan 2 keping manisan yang dipatah-patahkan supaya cepat hancur.
🧡Kelapa muda parut putih digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dikukus juga supaya tahan lama dan lambat basi.
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut - direndam sekurang-kurangnya 2 jam
2 keping kecil nisan Kelantan
3 sudu besar gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1/2 sudu teh garam
Cara-cara membuatnya
🧡Kita gunakan nisan seperti di atas☝️
🧡Buka api dan kacau sehingga manisan @ nisan tadi hancur.
🧡Dah masak, ketepikan.
🧡Keluarkan loyang berisi pulut dari pengukus.
🧡 Sekiranya suka warna pulut pagi yang lebih gelap, masukkan satu ke dua sudu besar air kopi.
🧡Bila dah masak, boleh tutup suis dan sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan