Garing di luar, lembut di dalam. Mmmm.. memang padu!
Setiap orang ada pengalaman q zaman kanak-kanak. Makan cakoi ni mengingatkan Mak Hencik kepada zaman kanak-kanak.
Abah selalu bawa balik cakoi untuk sarapan pagi. Cakoinya panjang dan saiznya lebih kurang sama dengan lengan budak tadika.
Rasanya.. adoila.. sedapnya. Tambah-tambah jika dimakan semasa masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Berlubang-lubang rongga cakoi..
RESEPI CAKOI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan A
3/4 cawan air suam
1 sudu besar serbuk yis segera
2 sudu besar gula
Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2kg minyak untuk menggoreng
Mari kita ke dapur.
💛Di dalam sebuah bekas, masukkan semua bahan A iaitu 3/4 cawan air suam, 1 sudu besar serbuk yis dan 2 sudu besar gula.
💛Kacau hingga rata dan dibiarkan selama 15 minit, iaitu sehingga kembang dan berbuih.
💛Di dalam sebuah bekas lain, masukkan semua bahan B seperti 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar minyak masak dan 1/2 sudu kecil garam.
💛Gaul dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
💛Bila campuran yis sudah kembang atau berbuih, tuang ke dalam bekas yang mengandungi campuran tepung gandum tadi.
💛Uli perlahan-lahan sehingga adunan tidak melekat di tangan.
💛Ambil kain maslin dan tutup adunan ini. Biarkan adunan kembang sekali ganda. Mungkin ia mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit.
💛Adunan ni nampaknya dah kembang
💛Keluarkan dari bekas dan letakkan di atas plastik pencanai yang telah ditabur dengan sedikit tepung gandum.
💛Tumbukkan adunan supaya udara keluar. Lepas tu uli sekejap.
💛 Sediakan lidi dan celupkan di dalam gelas yang berisi air.
💛Ambil separuh daripada adunan tadi dan canaikan.
💛Ambil pisau plastik dan potong menjadi bentuk segi empat tepat.
💛Potong adunan berbentuk segiempat tepat tadi kepada saiz sebesar 1 jari.
💛Mak Hencik dapat 8 potong.
💛Ambik lidi yang dicelup air tadi dan gariskan di atas adunan yang dipotong tu berselang-seli.
💛Lepas tu, angkat sekeping adunan yang ada garisan lidi dan lekatkan pada sekeping lagi adunan yang tiada garisan tadi.
💛Lepas tu panaskan minyak.
💛 Bila minyak sudah panas, ambil sepasang adunan tadi dan tarik kedua hujungnya sehingga ia menjadi panjang.
💛Lepas tu kita lepaskan ke dalam minyak panas.
💛 Perlahankan api supaya cakoi tidak hangus.
💛 Kita akan dapati cakoi akan terus kembang. Apabila cakoi sudah kekuningan, balikkan dia supaya ia masak sekata.
💛Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Ulanglah menggoreng cakoi sehingga habisss..
💛Dah habis semua, hidangkan dalam pinggan yang cantik. Tapi Mak Hencik dan keluarga hari ni makan dalam bekas sejat macam tu ajer.. hahaha
💛Jom.. jom.. jom..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan