Memaparkan catatan dengan label Resepi laksa dan laksam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi laksa dan laksam. Papar semua catatan

Rabu, 3 November 2021

Laksa Goreng Oh Sedapnya

Laksa goreng.. Pelik ke?

Kalau belum pernah makan, memang agak pelik sebab laksa ni makan dengan kuah. Kuah lemak.. kuah utara.. kuah selatan..


Pernah beberapa kali juga terbaca menu laksa goreng ni di laman sosial. Lepas tu office mate, Dinda Liza pun selalu buatkan juga. Katanya sedap dan depa anak-beranak pun suka. Katanya lagi rasanya kenyal-kenyal macam makanan Korea. Hahhh! Ke Korea pulak..😁😁😁


RESEPI LAKSA GORENG

oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1/2 paket laksa kering, dicelur sehingga lembut.

5 ulas bawang putih, ditumbuk

2 sudu besar cili kering kisar, Mak Hencik guna sambal nasi lemak readymade

10 biji meatball, dipotong empat

3 batang sosej dihiris nipis

1 tangkai lada besar hijau, dipotong serong

3 sudu besar minyak untuk menumis

1 sudu kecil serbuk perasa megi

Garam dan sedikit gula.


Cara-cara membuatnya.

Jom kita memasak hari ni.

💟Laksa kering dicelur sehingga lembut. Kalau nak bagi cepat lembut, eloknya kita rendam dulu laksa kering tu dalam dua ke tiga jam. Nanti bila dah celur, kejap jer dia jadi lembut.

💟Dah lembut laksanya, keluarkan dari periuk dan toskan air.

💟Siapkan bahan-bahan lain seperti bawang putih tumbuk, cili kering kisar, lada besar potong serong, sosej dan meatball potong-potong. 😁😁😁

💟Mak Hencik gantikan cili kering kisar tu dengan sambal nasi lemak yang memang siap masak, disimpan dari peti sejuk. Memang lebih sedap rasa laksa goreng ni.

Bahan-bahan semua dah siap, jom mulakan..

💟Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering kisar atau sambal nasi lemak sehingga garing.

💟Masukkan meatball. Biarkan selama beberapa minit sambil dikacau. 


💟Agak-agak meatball dah masak, masukkan pula sosej yang dihiris tadi. Kacau lagi dan tunggu sehingga sosej masak.


💟Masukkan sedikit air sebab tadi Mak Hencik tengok dah kering sangat, takut hangus pula. Air dalam dua tiga sudu jer.

Pastu masukkan laksa yang ditoskan tadi. Gaul sehingga rata.

💟Eh eh lupa pula. Sekarang masukkan serbuk perasa megi, garam dan secubit gula untuk seimbangkan rasa. Kalau tak suka letak gula, takyah boh la ya.. ikut citarasa masing-masing 😁😁😁

💟Dah gaul rata, rasa pun dah sedap segala, bolehlah tutup api dan hidangkan.

💟Ni diaaa.. laksa goreng dah siap dah..



💟Cer cubit sikit rasa . Owhhh sedapnya..


💟Dah siap..! Jom sarapan bersama wahai kawan-kawan comelll.

💟Bismillah..😋😋😋

Ahad, 29 Ogos 2021

Cara buat laksa beras

Teringin nak makan laksa lemak. Laksa lemak sedap dimakan dengan laksa beras. Mari la kita cuba buat sendiri..


RESEPI LAKSA BERAS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Majalah RASA

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras (Mak Hencik guna cap Teratai)
1 sudu besar tepung gandum (tak menimbun)
2 sudu kecil minyak masak 
1 1/2 air panas mendidih (atau secukupnya)
Sedikit minyak untuk disapu pada loyang pengukus

Acuan tu Mak Hencik guna acuan muruku.

Cara-cara membuatnya.

Jom..jom.. jom kita cuba membuatnya.


🌸Panaskan air lebih dari 1 cawan setengah, nanti sukat jer 1 cawan setengah untuk digunakan.

🌸Tunggu sehingga mendidih.


🌸Dalam sebuah bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu kecil minyak masak dan 1 sudu besar tepung gandum. 


🌸Air dah mendidih ni


🌸Ambil air dan masukkan ke dalam bekas tepung tadi.


🌸Tuang sikit-sikit air panas mendidih tu sambil dikacau dengan senduk kayu, atau apa-apa senduklah asalkan bukan dengan tangan.


🌸Dah jadi adunan dah tu. Dah sejuk sikit tu bolehlah guna tangan.


🌸Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Agak2 muat acuan muruku tu.


🌸Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak masak supaya laksa tak melekat.


🌸Kirai laksa di dalam loyang pengukus. Kirai semua sekali ya semua adunan tadi.


🌸Ni dah siap laksanya, tapi belum masak lagi. Kena kukus dulu.


🌸Letak loyang pengukus atas periuk kukus dan tutup pengukus. Kukuslah selama 15 ke 20 minit. (Habislaaa piuk rice cooker kuuu.. ha3)


🌸Bila laksa dah berubah warna, dah nampak jernih, tutup api kukusan.


🌸Angkat laksa bersama periuk kukus dan lalukan bawah air paip.


🌸Sediakan bekas yang mengandungi air (air paip jer Mak Hencik guna), keluarkan laksa dari loyang pengukus tadi.

Biarkan laksa sejuk dalam air tu, kemudian bolehlah dicerai,-ceraikan urat laksa tersebut.


🌸Selepas tu tapiskan air dan sedia dimakan. 

🌸Nak makan laksa apa ya.. Haaa.. boleh belaka... Laksa utara boleh, laksa  kelantan boleh, laksa Terengganu pun boleh.. laksa apa lagi...


🌸Ni laksa Kelantan. 


🌸Ni pulak laksa Penang.

🌸Jemput makan semua..

🌸Bismillah..


Khamis, 1 April 2021

Laksa Johor

Sekali makan, nak ulang makan berpinggan-pinggan. Sedapnya..!


Setiap negeri di Malaysia ni ada menu laksa masing-masing. Belah utara terkenal dengan laksa Penang, laksa Perlis dan laksa Kesah. Belah Pantai Timur ada laksa Kelantan dan laksa Terengganu. 

Bahkan di Petak ada laksa Kuala Kangsar dan di Selangor pun ada juga laksanya Tidak lupa juga laksa Sarawak di mana bihun digunakan sebagai laksa.

Hari ni kita menapak ke Selatan tanah air, ke negeri Johor Darul Takzim, yang ada laksanya yang terkenal iaitu laksa Johor. 😍😍


LAKSA JOHOR
oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Fatimah Ali

Bahan-bahannya

1 kg ikan 

❤️15 tangkai lada kering 
❤️1 biji bawang merah besar 
❤️5 ulas bawang putih 
❤️1 cm halia
❤️1 cm lengkuas 
❤️Segenggam udang kering 
Bahan-bahan bertanda ❤️ di atas dikisar sehingga hancur.

1 paket rempah kari ikan
3 batang serai di titik
2 keping asam keping 
2 sudu besar kerisik 
1 cawan santan pekat 
3 cawan air

Bunga kantan 2 batang potong 4, Mak Hencik tak letak

Cara-cara membuatnya.

Jom kita ke dapur


🌻Rebus ikan bersama sedikit air, garam dan sekeping asam gelugur.

🌻Bila sudah masak, tutup api dan sejukkan.

🌻Bila dah sejuk, asingkan isi dengan tulang.


🌻Kisar isi ikan dengan sedikit air sehingga hancur. Ketepikan.


🌻4 sudu besar cili kering kisar atau kurang lebih 15 tangkai cili kering dikisar halus.


🌻1 cawan santan pekat 


🌻3/4 cawan rempah kari ikan dibancuh dengan sedikit air.


🌻2 sudu besar kerisik.

🌻Bahan untuk dikisar sehingga hancur: 3 sudu besar udang kering, 1 biji bawang merah besar (memang besar saiznya hihihi), 4 ulas bawang putih dan 3 batang serai. Serai tu hiris halus dulu sebelum kisar.


🌻Mula-mula panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar.


🌻Kacau selalu sehingga naik minyak.


🌻Bila sudah naik minyak, masukkan bancuhan rempah kari.

🌻Kacau rata sehingga naik minyak lagi sekali.


🌻Lepas tu masukkan isi ikan kisar. Kacau rata.


🌻 Masukkan pula 3 cawan air.


🌻Masukkan santan pekat.


🌻 Masukkan asam keping atau asam gelugur, bahan perasa seperti garam gula dan nak bagi lagi sedap bubuh secukup rasa megi.

🌻Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih sambil dikacau.


🌻Bila sudah mendidih, masukkan kerisik. Kuah akan jadi sedikit pekat.


🌻Bila kuah dah cukup pekat, rasa pun dah cukup segala.. masaklah kuah laksa Johor kita.. bolehlah tutup api.

🌻Kuah laksa Johor ni.. mengikuti kata MokNim(orang Johor, peminat setiap pasukan hola sepak JDT) memang pekat, tapi boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.

🌻 Jadi kepekatan kuah ni adalah subjektif dan bolehla ikut selera masing-masing ya. Hahaha

SPAGHETTI UNTUK LAKSA JOHOR


🌻Spageti ni dicelur sehingga lembut.

🌻Dah masak, toskan dan tennis dengan sedikit minyak zaitun supaya tak melekat antara satu sama lain.

ULAM LAKSA JOHOR


🌻Timun, dipotong bulat originalnya. Mak Hencik is tak reti, so Ai just sangat sama dia. Ampunnn🙏🙏🙏
🌻taugeh
🌻Lobak masin (mak Hencik beli yang manis lak adeihh)
🌻Kacang panjang, dihiris halus
🌻Daun kesum dan daun pudina dihiris halus.

Boleh juga letak bunga kantan hiris dan bawang besar hiris.

Nak lagi sedap sediakan juga limau kasturi yang dibelah dua. Mmm... Terangkat-angkat!

SAMBAL BELACAN LAKSA JOHOR


Resepi Sambal Belacan

Cili hidup merah,hijau anggaran 10 biji
Segenggam cili padi
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Semua ni di goreng dgn minyak sedikit
Kemudian blend Semua
dgn sedikit air suam

Perasakan dgn gula,perasa atau garam
Perah kan limau Kasturi..
Siappp!

Dah siap semua benda..jomla makan.


Ambil pinggan, masukkan spaghetti secukupnya, letak ulam-ulaman dan sambal belacan.


Tuang kuah laksa johor. Pernah asam limau kasturi. Bolehlah dinikmati..

Katanya orang johor makan laksa dengan tangan, apa lagi..mari kita terai!

Bismillah..