Memaparkan catatan dengan label Lauk Pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lauk Pauk. Papar semua catatan

Sabtu, 6 November 2021

Brownies yang sangat sedap

Buat brownies semudah ABC. Hasilnya setaraf brownies di cafe terkemuka!

Dua tiga kali juga Mak Hencik cuba buat brownies kedut ni, yang ni dikira memuaskan. Jadi selama ni tak berapa nak jadi tu bukanlah salah resepi, tetapi kita sendiri yang tak reti. Hahahah

Hishhh .. jangan ketawa..


RESEPI BROWNIES KEDUT BADAM

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan A

1 cawan dark chocolate Beryl

125 gm mentenga 


Bahan-bahan B

1 cawan gula perang

2 biji telur


Bahan-bahan C

1 cawan tepung naik sendiri

2 sudu besar serbuk koko

1/2 sudu kecil garam

Semua bahan C diayak


Bahan hiasan

1/2 cawan badam slice, kalau tak ada tak payah bubuh☺️


Jom kita ke dapur.

Sebelum tu, kita buat persediaan sebelum memasak dahulu.


Bahan C:  1 cawan tepung naik sendiri, 2 sudu besar serbuk koko dan sedikit garam diayak. Ketepikan


Bahan B : Dalam sebuah bekas, masukkan 1 cawan gula perang, 1/2 cawan gula halus dan 2 biji telur dan kacau sehingga rata menggunakan whisk.

Tak perlu sampai kembang. Ketepikan


Menggunakan kaedah double boiler, cairkan 1 cawan coklat beryl's.


Bila coklat sudah cair, masukkan 125gm mentega.


Kacau rata sehingga butter cair dan sebati dengan coklat cair.

Tunggu biar suam.

Masa ni juga dah boleh panaskan oven 160°C selama 10 minit.


Bila campuran coklat dah suam, tuangkan ke dalam bekas bahan B iaitu campuran telur dan gula tadi.

Kacau sehingga rata.


Seterusnya, masukkan pula bahan C ke dalam campuran tadi. 

Kaup balikkan sehingga rata. Jangan terlebih kacau.


Akhir sekali tuang adunan brownies ke dalam loyang yang telah digris dengan butter dan di alas dengan baking paper.


Ratakan.


Mak Hencik ada stok kepingan badan, jadi Mak Hencik pun tabur di atasnya.
Lawa dakkk?? 


Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 40 minit.

Apabila sudah masak, jangan dikeluarkan dahulu loyang brownies nya. Tetapi regangkan sedikit pintu oven untuk dapatkan kedut brownies yang cekci!


Dah hampir sejam Mak Hencik biarkan, jomlah keluarkan dari oven.

Memang ada kejadian kedut di sebalik badam slice.

Rasanya manis (boleh kurangkan sedikit sukatan lain kali), garing di luar dan chewy di dalam. Sedap!

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tak sempat nak ambi gambar yang dipotong, kejap jer habis.

Ni buat lagi.. sedap!

Rabu, 3 November 2021

Laksa Goreng Oh Sedapnya

Laksa goreng.. Pelik ke?

Kalau belum pernah makan, memang agak pelik sebab laksa ni makan dengan kuah. Kuah lemak.. kuah utara.. kuah selatan..


Pernah beberapa kali juga terbaca menu laksa goreng ni di laman sosial. Lepas tu office mate, Dinda Liza pun selalu buatkan juga. Katanya sedap dan depa anak-beranak pun suka. Katanya lagi rasanya kenyal-kenyal macam makanan Korea. Hahhh! Ke Korea pulak..😁😁😁


RESEPI LAKSA GORENG

oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1/2 paket laksa kering, dicelur sehingga lembut.

5 ulas bawang putih, ditumbuk

2 sudu besar cili kering kisar, Mak Hencik guna sambal nasi lemak readymade

10 biji meatball, dipotong empat

3 batang sosej dihiris nipis

1 tangkai lada besar hijau, dipotong serong

3 sudu besar minyak untuk menumis

1 sudu kecil serbuk perasa megi

Garam dan sedikit gula.


Cara-cara membuatnya.

Jom kita memasak hari ni.

πŸ’ŸLaksa kering dicelur sehingga lembut. Kalau nak bagi cepat lembut, eloknya kita rendam dulu laksa kering tu dalam dua ke tiga jam. Nanti bila dah celur, kejap jer dia jadi lembut.

πŸ’ŸDah lembut laksanya, keluarkan dari periuk dan toskan air.

πŸ’ŸSiapkan bahan-bahan lain seperti bawang putih tumbuk, cili kering kisar, lada besar potong serong, sosej dan meatball potong-potong. 😁😁😁

πŸ’ŸMak Hencik gantikan cili kering kisar tu dengan sambal nasi lemak yang memang siap masak, disimpan dari peti sejuk. Memang lebih sedap rasa laksa goreng ni.

Bahan-bahan semua dah siap, jom mulakan..

πŸ’ŸPanaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering kisar atau sambal nasi lemak sehingga garing.

πŸ’ŸMasukkan meatball. Biarkan selama beberapa minit sambil dikacau. 


πŸ’ŸAgak-agak meatball dah masak, masukkan pula sosej yang dihiris tadi. Kacau lagi dan tunggu sehingga sosej masak.


πŸ’ŸMasukkan sedikit air sebab tadi Mak Hencik tengok dah kering sangat, takut hangus pula. Air dalam dua tiga sudu jer.

Pastu masukkan laksa yang ditoskan tadi. Gaul sehingga rata.

πŸ’ŸEh eh lupa pula. Sekarang masukkan serbuk perasa megi, garam dan secubit gula untuk seimbangkan rasa. Kalau tak suka letak gula, takyah boh la ya.. ikut citarasa masing-masing 😁😁😁

πŸ’ŸDah gaul rata, rasa pun dah sedap segala, bolehlah tutup api dan hidangkan.

πŸ’ŸNi diaaa.. laksa goreng dah siap dah..



πŸ’ŸCer cubit sikit rasa . Owhhh sedapnya..


πŸ’ŸDah siap..! Jom sarapan bersama wahai kawan-kawan comelll.

πŸ’ŸBismillah..πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Sabtu, 4 Julai 2020

Masak Lemak Kuning Jantung Pisang

Kalau suka masak lemak, letak apa-apa pun sedap. Kali ni kita cuba masak jantung pisang pula..

Kisahnya.. Balik dari hantar anak sulung, abe, ke Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak tu kami laki-bini meninjau-ninjau halaman rumah. Maklum ler rindu ler katakan pada rumah sebab dah tinggalkan dia 2 hari satu malam.. πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚

Dalam dok tinjau-meninjau tu ler kami nampak jantung pisang dah terjulur-julur ni.. Tanpa fikir panjang Mak Hencik pun ambil sabit dan pangkas jantung pisang tuu. Zappp! Terus putus.

Kalau buat kerabu pun sedap, tapi dah nak cepat maka kita buatkan masak lemak kuning. Sedap juga tau!


MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji jantung pisang, saiz kecil
1 biji bawang merah sederhana besar
1 inci kunyit hidup
3 hiris lengkuas
1 sudu besar cili kering kisar. Kalau suka pedas letak jer cili padi banyak-banyak sikit
1 tangkai lada hijau, dibelah dua
1 keping asam gelugur
3 cawan santan sederhana pekat
Segenggam ikan bilis
Garam dan gula secukupnya.
1 sudu besar cuka, untuk merebus jantung pisang

Persediaan awal sebelum memasak


Ni la rupa jantung pisang untuk sesaper yang tak kenal. 😁😁


Jantung pisang tu dibelah dua  dan dihiris sebesar 1 inci. Kemudian direbus dengan air. Masukkan 1 sudu besar cuka. Katanya ni petua supaya jantung pisang tak lebam warnanya selepas direbus.

Rebus sehingga masak ya.


Bila sudah masak, tuangkan ke dalam pengetus dan toskan airnya. Bila sudah sejuk sedikit, ramas jantung pisang untuk buang air. Ketepikan. 


Sediakan bawang merah, kunyit dan Lengkuas.


Tumbuk bahan di atas sehingga lumat. Akhir sekali tumbuk juga ikan bilis biar kasar-kasar jer.


Di atas dapur, tenggekkan periuk. Masukkan santan, bahan tumbuk, cili kering kisar sikit, asam keping dan lada hijau.

Buka api dan kacau selalu sehingga kuah mendidih.


Bila kuah sudah mendidih, masukkan jantung pisang. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Kalau tak suka bubuh gula, bubuh garam jer la sesedap rasa ya.


Kacau sehingga rata dan biarkan sehingga mendidih lagi sekali sambil dikacau selalu.


Bila sudah masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Menu untuk hari ini. Singgang ikan kembung, ayam masak hijau dan paling istimewa tentunya masak lemak jantung pisang.

Jemput makan semua..

Bismillah.