Sabtu, 6 November 2021

Brownies yang sangat sedap

Buat brownies semudah ABC. Hasilnya setaraf brownies di cafe terkemuka!

Dua tiga kali juga Mak Hencik cuba buat brownies kedut ni, yang ni dikira memuaskan. Jadi selama ni tak berapa nak jadi tu bukanlah salah resepi, tetapi kita sendiri yang tak reti. Hahahah

Hishhh .. jangan ketawa..


RESEPI BROWNIES KEDUT BADAM

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan A

1 cawan dark chocolate Beryl

125 gm mentenga 


Bahan-bahan B

1 cawan gula perang

2 biji telur


Bahan-bahan C

1 cawan tepung naik sendiri

2 sudu besar serbuk koko

1/2 sudu kecil garam

Semua bahan C diayak


Bahan hiasan

1/2 cawan badam slice, kalau tak ada tak payah bubuh☺️


Jom kita ke dapur.

Sebelum tu, kita buat persediaan sebelum memasak dahulu.


Bahan C:  1 cawan tepung naik sendiri, 2 sudu besar serbuk koko dan sedikit garam diayak. Ketepikan


Bahan B : Dalam sebuah bekas, masukkan 1 cawan gula perang, 1/2 cawan gula halus dan 2 biji telur dan kacau sehingga rata menggunakan whisk.

Tak perlu sampai kembang. Ketepikan


Menggunakan kaedah double boiler, cairkan 1 cawan coklat beryl's.


Bila coklat sudah cair, masukkan 125gm mentega.


Kacau rata sehingga butter cair dan sebati dengan coklat cair.

Tunggu biar suam.

Masa ni juga dah boleh panaskan oven 160°C selama 10 minit.


Bila campuran coklat dah suam, tuangkan ke dalam bekas bahan B iaitu campuran telur dan gula tadi.

Kacau sehingga rata.


Seterusnya, masukkan pula bahan C ke dalam campuran tadi. 

Kaup balikkan sehingga rata. Jangan terlebih kacau.


Akhir sekali tuang adunan brownies ke dalam loyang yang telah digris dengan butter dan di alas dengan baking paper.


Ratakan.


Mak Hencik ada stok kepingan badan, jadi Mak Hencik pun tabur di atasnya.
Lawa dakkk?? 


Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 40 minit.

Apabila sudah masak, jangan dikeluarkan dahulu loyang brownies nya. Tetapi regangkan sedikit pintu oven untuk dapatkan kedut brownies yang cekci!


Dah hampir sejam Mak Hencik biarkan, jomlah keluarkan dari oven.

Memang ada kejadian kedut di sebalik badam slice.

Rasanya manis (boleh kurangkan sedikit sukatan lain kali), garing di luar dan chewy di dalam. Sedap!

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tak sempat nak ambi gambar yang dipotong, kejap jer habis.

Ni buat lagi.. sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan