Ahad, 8 April 2018

Ikan Goreng Masak Singgang yang mudah dan sedap

Berbelah bahagi pula nak masak singgang ikan goreng nih. Pasal orang kata sedap, gatal pula aku nak menerainya. Kakakakakah.

Yang nak makan nasi malam ni cuma seorang sahaja, jadi cukuplah masak seekor ikan.


RESEPI IKAN GORENG MASAK SINGGANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ekor ikan - dilumur garam dan kunyit dan digoreng
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah - hiris
5 hiris lengkuas
1 biji lada hijau atau merah - hiris serong
1 keping asam gelugur
3 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 1/2 sudu kecil gula atau secukupnya, jika suka
1/2 sudu kecil serbuk perasa, jika suka

Cara-cara membuatnya

Maila kita masak..


Langkah 1
 Kita siang ikan selar, basuh bersih dan bilas. Kemudian kita sapukan garam dan kunyit. 


Langkah 2
Panaskan minyak dan goreng ikan. Tak perlu garing sangat. Agak-agak dah masak, balikkan ikan tu. Bila dah masak, masukkan dalam periuk atau kuali lain untuk masak singgang pula.


Ni Mak Hencik terus masukkan dalam kuali. Hehe. Ko duduk situ sekejap ya.


Langkah 2
Hiris bawang putih, bawang merah, lengkuas dan lada hijau. Asam keping atau asam gelugur dibasuh bersih.


Langkah 3
Masukkan air ke dalam kuali yang mengandungi ikan goreng tadi.

Masukkan bahan-bahan hiris tadi dan asam keping.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa barang selori dua. Kahkahkah


Biarkan kuah mendidih. Biarkan ikan berenang-renang dengan gembiranya.


Bunga kantan pemberian Razi ni, Mak Cik ambil 1/2 batang sahaja. Mak Hencik belah dua.
Resepi asal singgang tak letak bunga kantan tau. Ni sajer-sajer Mak Hencik letak.


Lepas tu tengok dalam bekas simpan sayur-sayuran terdapat 3 biji bendi lebihan masak kari ikan beberapa hari lepas. Kenapa perlu membazir.. ya tak?


Langkah 4
Terus masukkan bendi yang dipotong tadi ke dalam kuah yang tengah mendidih supaya tidak berlendir. Masukkan bunga kantan.


Langkah 5
Bila bendi sudah masak, rasa pun sudah sedap secukup rasa, maka bolehlah tutup api.


Masukkan ke dalam pinggan hidangan. Bolehlah dinikmati dengan nasi panas bersama ulam petai dan penyicah pilihan.. jemput.. jemput..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan