Suami minta gorengkan ikan masin. Tapi kugoreng ikan siakap sahaja. Goreng garing dan makan dengan nasi panas. Ikan masin tu menu hari lain lah ya suamiku.. 😉😉
RESEPI SAYUR LEMAK PUTIH BAYAM HIJAU DENGAN KELEDEK OREN
Bahan-bahan
1/2 ikat sayur bayam hijau - dipotong, dibersihkan dan ditoskan.
1 ekor ikan - dipanggang, diasingkan isi dan tulang dan ditumbuk
1 biji bawang merah besar
1 sudu teh lada hitam
3 cawan santan
1 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu kecil gula atau secukupnya, jika suka
1 biji keledek saiz kecil dipotong kecil
Cara-cara nak membuatnya
Jom.. jom..
Mula-mula kita panggang ikan di atas kuali. Balikkan sehingga kedua belah ikan masak sekata. Apabila sudah masak, tutup api dan sejukkan.
Mak Hencik panggang ikan sardin atau selayang sahaja. Boleh jer tukar ke jenis ikan yang lain, ikan yang mana ada dalam peti sejuk kita..
Oleh kerana yang kita nak masak ni adalah sayur lemak, jadi kita kena buat mise on place. Tak mau dah santan jadi berketul-ketul wehhh.. 😂😂😂
Kita tumbuk lada hitam sampai lumat, kemudian masukkan bawang merah. Tumbuk lagi sehingga lumat. Kemudian masukkan pula isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat. Adoiii lenguh jugalah bahu ni menumbuk jarang-jarang sekali. Huhu
Seterusnya, ambil periuk atau kuali, buka api. Masukkan santan dan bahan tumbuk serta keledek. Masukkan juga garam dan gula secukupnya. Kacau.
Kacau sehingga santan mendidih dan yang paling penting sampai keledek tu masak.
Lambatnya keledek ni masak. Santan dah lama mendidih. Ni 👆👆dah masak ke belum ni? 😅😅😅
Apabila santan telah mendidik, keledek pun sudah masak, masukkan sayur bayam. Kacau rata sehingga daun bayam layu. Kemudian bolehlah tutup api bila sudah masak.
Jemput menikmati hidangan ini..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan