Khamis, 19 April 2018

Cucur Bawang Senang Sekali

Menemani orang bertukang pada hari ini, kita buat kudapan. Cucur bawang senang sekali namanya.. tak fofular mana cucur ni.. tak tersenarai dalam ranking.    😅😅


Tapi sedap dimakan semasa panas. Cicah pula dengan sos pencicah yang sedap. Mmmm.. bertambah sedaplah dia. Dan sekejap sahaja sudah licin.. baguslaa.. boleh terus cuci pinggan. 😁😁😁


RESEPI CUCUR BAWANG SENANG SEKALI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 tangkai daun sup - hiris halus
2 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang merah besar - dicincang halus
1 biji telur

Cara-cara


Di dalam mangkuk adunan, campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


Panaskan minyak dan sudukan ke dalam kuali. Bila sudah keperangan, balikkan cucur supaya masak sekata.


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Gorenglah sehingga habis adunan tadi.


Angkat dan toskan minyak dan bolehlah dihidangkan. Oii! Dah siap dah? Dah siap dah..


Jom..jom.. jom makan semua.
Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan