Tengahari itu sangat terik. Tekak pun sangat terasa hausnya. Anak bongsu pula nakkan ais krim. Pada hal semalam dah berapa kali dah beli ais krim. Jadi, bila nampak sahaja gerai ais kepal, ku pun ajak anak beli. 🍧
Dia letak ais yang dimesin tu, kemudian curahkan bancuhan milo pekat, ditabur pula dengan chocolate rice dan kacang hancur. Sedappp...!
Esoknya ikut suami pergi nilai 3. Dia nak beli bekas yang buat bbq tu. Aku pula beli mesin kisar ais nih. 😀😀😀
RESEPI AIS KEPAL MILO COKLAT
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan bancuhan milo coklat
1/2 - 1 liter air
2 tin susu pekat manis
1 kg milo
1 cawan coklat beryls
1/2 cawan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Untuk hiasan
coklat rice secukupnya
Kacang hancur secukupnya
Milo tabur secukupnya
Ais krim, jika suka
Cara-cara menyediakannya
Jom... Jom ler...
Milo, susu pekat, air
Coklat beryl's
Bancuh susu pekat dengan air, kemudian masukkan serbuk milo.
Biarkan serbuk milo hancur.
Masukkan coklat beryls. Kacau perlahan sekali sekala sehingga coklat cair dan hancur.
Bancuhkan tepung jagung dan air secukupnya.
Tuang ke dalam kuali tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah pekat.
Dah elok pekat yang kita kehendakki, bolehlah tutup api.
Masa untuk menghidang..
Ni ler benda besi untuk kisar air batu yang Mak Hencik beli di kedai Saaka Nilai 3.
Kisar ais. Hurmmm.. sedap juga main mesin besi nih. 😂😂😂
Serbuk kacang kasar dan coklat rice warna-warni tu beli readymade di kedai bakeri. Senang dan mudah. Kehkehkeh
Letak ais, jirus bancuhan milo coklat, tabur kacang dan coklat rice warna-warni. Taburkan serbuk milo sikiiiittt. Al maklumlah buat sendiri, makan sendiri..
😅😅
Jemput makan kawan-kawan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan