Selasa, 28 April 2020

Puding Jagung Gedik

Lemak, manis dan berkrim! 🤩🤩

Pencuci mulut yang sangat sedap. Tambah-tambah lagi jika kita menggemari masakan puding berasaskan jagung.


Bila sudah masak dan masukkan ke dalam acuan, boleh simpan dalam peti sejuk. Rasanya memang lebih enak apabila dimakan semasa sejuk.

Lepas tu kita akan dapati banyak sudu bergelimpangan di dalam sinki. 😆😆😆

Jom teruskan..


RESEPI PUDING JAGUNG
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Rahim ah Yaacob

Bahan-bahan

1 tin jagung krimer
1 tin susu sejat
3 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan tepung kastard
2 sudu besar marjerin/mentega
Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya.


Bahan utama: 1 tin jagung krimer, 1 tin susu cair, 3/4 cawan gula dan 1 cawan tepung kastard.

Bahan lain : 3 cawan air, 2 sudu besar marjerin atau mentega dan sedikit garam.

Cara-cara memasak.


💮Dalam periuk atau kuali yang sesuai, masukkan susu, air, jagung berkrim, gula dan secubit garam.

💮Kacau rata menggunakan whisk sehingga tidak berbintil kemudian buka api.


💮Kacau sehingga pekat. Mula-mula ringan ajer ya.. Lepas tu ia semakin berat sebab semakin likat


💮Apabila sudah pekat dan. Likat serta melepuh-lepuh, bubuh mentega.


💮Kacau lagi sehingga rata.

💮Pastikan keadaannya masih melepuh-lepuh ya.


💮Lepas tu bolehlah tutup api.

💮Sediakan acuan yang sesuai. Sapu dulu dengan mentega atau minyak masak. (takut melekat juga nih. Hu3)

💮Tuang ke dalam acuan dan sejukkan.


💮Mak Hencik guna bekas kecil ni jer. Budak-budak ni suka puding jagung ni. Jadi diorang akan makan berulang-ulang.

💮Jadi, Mak Hencik fikir lebih mudah jika mereka makan guna bekas kecil ni. Kalau tidak aku jugak laa yang kena mencuci sudu mangkuknya oii! 🤣🤣🤣.


💮Elok sungguh kejadiannya. Lembut,  bergoyang-goyang, manisnya sedang elok di mulut Mak Hencik.

💮Jemput sahabat menikmatinya.

💮Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan