Isnin, 27 April 2020

Muruku Kacang Dhal

Lembut tapi rangup. 💜💚❤️

Rasa nak mengunyah petang-petang atau malam-malam?  Mari kita buat kudapan ni. Tak susah mana pun, cuma kena rajin sikit.

Kekadang kalau beli di.luar, rasa maruku mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan. Ada terlebih masin, terlebih manis atau terlebih pedas. Atau mungkin juga maruku yang kita beli tu rasa kilang. Samaaaa jer rasanya Biarpun jenis lain-lain.

Dengan membuatnya sendiri, tentulah rasanya berbeza sebab yang yang buat tu diri kita sendiri kan..
😀 😀 😀


RESEPI MURUKU KACANG KUDA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

500gm tepung beras pulut
400gm tepung kacang kuda atau kacang dhal
5 sudu besar marjerin
🌻1 kotak kecil santan kotak
🌻1 kotak air - sukat guna kotak santan tadi
🌻5 sudu besar lada kering kisar - boleh kurang atau tambah ikut selera
🌻5 ulas bawang putih
🌻1 sudu besar jintan manis
🌻1 sudu besar jintan putih
🌻2 biji telur
🌻1 sudu besar garam
🌻3 sudu besar gula
Bahan bertanda🌻di kisar sehingga halus
1/2 cawan bijan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya.


💚1 bungkus tepung kacang kuda, 400gm


💚1 bungkus tepung beras pulut, 500gm.


💚Sediakan senjata untuk buat muruku. Mak Hencik guna lubang yang kat dalam gambar 👆👆tu.


💚Kisar bawang putih, lada kering kisar, jintan manis, jintan putih, garam, gula dan telur bersama air dan santan sehingga hancur.

💚Mesti hancur ya, kalau tidak hancur nanti ia akan melekat di lubang acuan muruku.

💚Dah siap ketepikan dahulu.


💚Dalam bekas, masukkan tepung beras pulut, tepung kacang kuda atau kacang dhal dan 5 sudu besar marjerin.

💚Kacau menggunakan hujung jari sehingga rata.


💚Tuang bahan yang dikisar halus tadi.


💚Kacau dan uli sehingga menjadi adunan yang lembut.

💚Adunan hendaklah lembut supaya senang apabila ditekan nanti.


💚Nak mudahkan kerja, genteel siap-siap adunan lembut tadi agak-agak boleh masuk ke dalam acuan maruku.

💚Ambil acuan muruku dan masukkan adunan lembut tadi. Tekan-tekan sikit kemudian tutup rapat dan kemas.


💚Panaskan minyak masak. Mak Hencik letak lebih kurang sekilo gram minyak masak.

💚Bila minyak sudah cukup panas, paipkan acuan maruku terus ke dalam minyak panas.


💚Biarkan dahulu sehingga warna bertukar kuning gelap, baharulah boleh dibalikkan muruku.

💚Kalau dibalikkan awal-awal dikhuatiri maruku akan patah.


💚Apabila muruku bertukar ke warna keperangan, bolehlah di angkat dan ditoskan minyak.

💚Ulangi proses memaip adunan maruku ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.


💚Setelah selesai menggoreng, sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam balang.


💚Alhamdulillah . Dapatlah separuh balang gergasi.

Simpan Galah di tepi perigi,
Cuba lah.. Jangan tunggu lagi! 🤩🤩🤩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan