Ahad, 8 Disember 2019

Roti John Telur dan Sosej Yang Sedap

Rasa yang sungguh sedap dan lazat!


Pagi ni kita tak perlu beratur panjang kat gerai roti John kat pasar pagi. Hari ni kita mencuba nasib. Kita buat sendiri lak roti John.

Jadi ke tak Jadi, perkara nombor dua. Yang penting.. Buat! Hahahaha.. Tapi sedap juga gais. Budak-budak memang suka!


RESEPI ROTI JOHN TELUR DAN SOSEJ
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

🏵️5 biji roti hotdog - di potong tepi tetapi tidak putus
🏵️4 biji telur
🏵️5 batang sosej - dipanggang atas kuali nonstick dan dihiris nipis
🏵️1 sudu kecil lada sulah
🏵️Sedikit garam
🏵️Sedikit mentega atau minyak masak - untuk melengser pada kuali
🏵️Sedikit salad - dihiris kasar
🏵️Sos cili
🏵️Mayonnaise

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Persediaan awal sebelum memasak atau mise en place


Roti hotdog dibelah tepi tetapi jangan sampai putus.


Sosej yang telah dibakar atas kuali leper.


Hiris nipis sosej tersebut.


Hiris kasar daun salad.

Jom memasak pula.


Di dalam bekas, masukkan sosej hiris, lada sulah, secubit garam dan pecahkan telur. Godekkan ia supaya sebati.


Panaskan kuali non stick yang ajaib atau tak ajaib pun boleh. Sapu sedikit mentega atau minyak.

Tuang satu senduk adunan telur dan sosej tadi ke dalam kuali non stick.


Ambil sebiji roti dan tekapkan ke atas telur sosej tadi. Biarkan sehingga telur masak.


Bila telur sudah keperangan, balikkan roti dan biarkan sekejap sebelum diangkut.


Lepas tu masukkan ke dalam pinggan.


Paipkan sos cili dan taburkan daun salad. Akhir sekali paipkan mayonnaise dan sos cili lagi. Boleh juga paipkan sos lada hitam dan letak cheese keping jika suka.


Lipat roti dengan sempurna.


Buat sampai habis. Kemudian potong sikit supaya senang dimakan. Hehehe.

Atau pilihan kedua.. Kita bungkus dalam kertas pembungkus makanan.


Letakkan roti yang sudah disalut telur dan sosej. Letakkan daun salad. Paipkan sos cili dan.mayonaise.

Bungkus elok-elok. Nampak macam tak elok pun! Heeeeee..😁😁


Letak dalam pinggan. Ambillah sorang satu.

Jemput makan semua..

Bismillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan