Ahad, 22 Disember 2019

Tempe Goreng Sambal

Pedas-pedas manis. Sedap sangat! Buat menambah selera makan.

Tempe goreng sambal ni telah menjadi favourite Mak Hencik sekeluarga walaupun kami ni bukan orang Jawa.


Biasanya masakan tempe ni dijadikan hidangan tambahan. Tapi kalau nak dijadikan hidangan utama pun tak ada masalahnya. Yang jadi masalahnya ialah bila makan nasi bertambah-tambah sehingga bertambah-tambah berat badan..
😂😂😂


RESEPI TEMPE GORENG SAMBAL YANG RINGKAS DAN SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 keping tempe - dihiris dan digoreng
Sedikit ikan bilis - digoreng
Sedikit kacang tanah - digoreng
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 biji bawang merah besar - ditumbuk halus
3 sudu besar cili kering kisar
1/4 biji bawang besar Holland - dihiris
1 biji lada hijau - dipotong serong
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara menyediakannya

Marilah kita ke dapur.. Jom..

Menyediakan bahan..


🌵Tempe dihiris nipis.


🌵Goreng tempe dengan minyak yang banyak sehingga keperangan. Kemudian angkat dan toskan.


🌵Goreng juga ikan bilis dan kacang tanah dengan minyak yang banyak. Bila sudah masak, angkat dan toskan.


🌵Sediakan cili kering kisar.
🌵Tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.


🌵Hiris bawang besar Holland dan lada hijau.
🌵Sediakan juga sedikit air asam jawa

Cara memasak. Ajom..


🌵Panaskan tiga sudu besar minyak masak.
🌵Tumiskan cili kering kisar dan bawang putih serta bawang merah yang telah ditumbuk tadi.
🌵Biarkan sehingga garing.


🌵Bila sudah garing, masukkan air asam jawa.
🌵Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya. Biar ada rasa manis-manis pedas gitew.
🌵Biarkan sehingga ia kering sedikit sambil dikacau sekali-sekala supaya tidak hangus.


🌵Bila sudah hampir kering, masukkan pula bawang besar Holland dan lada hijau yang telah dihiris.
🌵Gaul sehingga layu.
🌵Bila bawang dan lada hijau sudah layu, boleh tutup api.
🌵Tunggu biar sambal sejuk dahulu untuk mendapatkan tempe goreng yang rangup.
🌵Kalau nak tempe yang lembut, tak nak garing, boleh terus masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng tadi.


🌵Akhir sekali bila sambal sudah sejuk, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah goreng.


🌵Gaul sehingga rata. Siap.
🌵Boleh dihidangkan dalam pinggan.


🌵Hidangan tengahari pada hari ini. Seadanya.. Jemput makan kawan-kawan semua..

🌵Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan