Isnin, 23 Disember 2019

Cucur Sosej Kembung

Cucur yang jahat. Rangup di luar. Lembut di dalam. Makan satu terus tak boleh berhenti. Memang jahatlah kan. 😂😂😂

Masa menggoreng tu jangan sampai hangus pula ya. Tapi kalau dah terhangus tu harap dapat dimaafkan.

Kalau kita gi rumah orang pula, tak yah lah nak tegur tuan rumah tu pula kalau dia tergoreng hangus sikit. Jaga lah air muka tuan rumah. Jaga hati dan perasaannya. Buat-buat tak nampak atau buat-buat tak tau ajer..

Tak payah lah kita dok menuduh dan mengajar dia dengan kata-kata seperti

Awak goreng api besar ke?

Kena goreng biar kuning-kuning sikit jer..

Kenapa sampai jadi macam ni?

Kalau kita nak tunjuk pandai tu, tunjuk kat dapur sendiri jer walaupun kita memang pandai memasak. Boleh jadi time awak datang tu jer yang dia goreng terhangus, hari-hari lain elok jer agaknya.

Atau dia sengaja goreng hangus sebab nak bagi awak makan tak? Hahaha
😂😂😂 Awak pula tak faham bahasa sarcastic. 🤣🤣🤣

Maaflah kalau tak setuju dengan pendapat tu, tak apa. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tapi mohon hormati perasaan dan pendapat orang lain juga. ✌️✌️

Hihihi Meluah rasa pulak hari ni.
😂😂😂

Marilah kita buat cekodok. Sebelum tu maafkan semua orang sebab kita pun tak sempurna..


CUCUR SOSEJ KEMBUNG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 - 1 1/2 cawan air suam
1 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi
6 batang sosej - dipanggang atas kuali, dihiris nipis
1 batang karot saiz kecil - disagat
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Jom..


🥐Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula, serbuk perasa Maggi, yis segera di dalam mangkuk adunan.

🥐Tuang air suam sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati dan adunan menjadi sangat likat.

🥐Tutup adunan dengan kain maslin.

🥐Biarkan selama 30 minit.


🥐Sementara itu, panggang sosej di atas kuali dan balik-balikkan supaya masak sekata.

🥐Bila sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dihiris nipis.

🥐Karot pula disagat guna penyagat.


🥐Apabila adunan sudah kembang, masukkan sosej hiris dan karot sagat.


🥐Panaskan minyak untuk menggoreng.

🥐Bila minyak sudah panas, basah kan jari dengan air dan jemput sedikit adunan lalu dimasukkan ke dalam kuali.

🥐Apabila sudah garing, balikkan cucur guna sudip. Guna sudiplah kan.. Nak guna apa lagi.. 😄😄😄


🥐Bila cucur sudah berwarna keperangan, bolehlah angkat.

🥐Toskan minyak.

🥐Teruskan goreng cucur untuk round kedua dan sampai habis..

🥐Lepas tu?

🥐Lepas tu kita makanlah ramai-ramai, makan sesama anak beranak kita..

🥐Jemput makan semua..

🥐Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan