Ahad, 15 Disember 2019

Petua Sihatkan Dalaman Wanita

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA

.
1. Rebusan Serai dan Halia🌿

- 🌹Ambik 3 batang serai
- 🌹4cm halia @2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.

Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
.
2. Rebusan Sireh🌿

- 🌷Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.

**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
.
3 . Rebusan sireh dan daun Inai🌿

- 🥀3 ke 5 helai daun sireh.
- 🥀segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
Elok di amalkan selepas haid.
.
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan🌿 kunyit

- 🌻2 / 3 batang serai di ketuk
- 🌻3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 🌻2cm kunyit di ketuk
- 🌻sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- 🌻daun pandan sehelai
- 🌻sedikit gula batu.
.
*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.

****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
.
Cukup sekali sebulan shj.
Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
.
🌲🎄🎄Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
.
🌲🎄🎄Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

Jangan lupa follow fb mak Jah NoLi YaNa ye Uoolss

Sumber dan gambar : FB Resepi Kuih Muih dan Lauk-Pauk Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan