Mudah dibuat. Sedap dimakan!
Boleh buat sendiri sahaja di rumah dan boleh makan panas-panas juga macam kat kedai mamak. Rasa puas hati lak.
Dah buat nan cheese ni kita regukan pula dengan teh tarik atau teh tak tarik. Hihihi😆😆😆
Tapi makan sekeping pun dah kenyang. Serious kenyang. 😋😋😋Seronok juga layan karenah anak-anak musim cuti sekolah ni. 👍👍
ROTI NAN CHEESE
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
🌷850g tepung gandum (Mak Hencik guna sebungkus tepung gandum cap Ros)
🌷4 sudu besar minyak masak
🌷1 sudu besar garam
🌷5 sudu besar gula
🎄2 cawan air suam
🎄2 sudu besar yis segera
Cheese keping secukupnya
Bahan bertanda 🎄 disatukan dan kacau sedikit serta biarkan selama 30 minit sehingga berbuih dan kembang.
Bahan bertanda 🌷disatukan dan digaul hingga sebati menggunakan hujung jari.
Cara-cara membuatnya.
Moh ler kita ke dapur
🏵️Sediakan bancuhan yis dahulu.
🏵️Masukkan dua cawan air suam ke dalam bekas bersama 2 sudu besar yis segera.
🏵️Kacau sehingga sebati dan biarkan 30 minit atau sehingga yis berbuih dan kembang.
🏵️Dalam bekas yang sesuai, masukkan sepaket tepung gandum, 1 sudu besar garam, lima sudu besar gula dan 4 sudu besar minyak masak. Kacau guna hujung jari. Lepas tu buatkan lubang di tengah tepung.
🏵️Kemudian tuang bancuhan yis yang telah berbuih kembang ke bahagian tengah lubang tadi.
🏵️Gaul dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
🏵️Tutup adunan dengan kain.
🏵️Biarkan doh menjadi kembang sekali ganda. Mak Hencik tunggu dalam 30 minit sahaja sebab budak-budak ni sibuk dok tanya bila nak siap.. Bila nak siap.. Hehehe
🏵️Sediakan cheese keping secukupnya.
🏵️Doh yang sudah kembang tadi ditumbuk sedikit untuk mengeluarkan angin.
🏵️Lepas tu bulatkan sebesar bola apa yea. Kalu bola ping pong kecil sangat. Bola tennis besar sangat lak. Agak-agak 2 biji bola ping pong boleh tak? Hehehe 😅😅😅
🏵️Ambil sebiji bola tu dan masukkan cheese kat dalamnya. Kemudian rapatkan semula dan bentukkan bulat. Lepas tu gelek atau nipiskan guna torak. Nak nipis, nak tebal ikut suka tuan-tuan dan puan-puan yang buat.
🏵️Lepas tu panaskan kuali yang disapu dengan minyak dan masukkan cheese nan tadi. Tutup kuali.
🏵️Bila dah keperangan, balikkan.
🏵️Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
🏵️Buatlah sampai habis. 😁😁😁
🏵️Masa untuk makan...
🏵️Hari ini roti nan cheese kita cicah kuah kari ayam.
🏵️Jom layan roti nan kawan-kawan.
🏵️Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan