Jumaat, 13 Disember 2019

Resepi Rempeyek yang Sangat Mudah

Nak buat Rempeyek ni mudah sahaja. Yang susahnya ialah nak cari kerajinan dan kesabaran tuh. Ada ke insan-insan di luar sana yang macam insan di sini. Yang rajin yakmat masa makan krup krap krup krap. Tapi time nak buat tu tunggu 2 ke 3 tahun baru buat sekali. 

Hahaha😂😂😂


Iols jer yang pemaleh.. Uols rajin-rajin belaka. Jangan ikut perangai 'rajin' iols ya.. 😂😂😂


Ni kali kedua dalam hidup nih buat rempeyek. Mujurlah resepinya memang menjadi. Jadi bolehlah kongsi-kongsi dengan uols semua. Mana tau kot-kot uols nak buat berniaga ker.. Nak buat untuk hari raya ker.. Nak menunjuk kat MIL ke.. (jangan ... Tak baik menunjuk tau.. Hi3)


Yang penting kalau nak buat tu kena tingkatkan kesabaran dan keimanan.. Panas dan berpoluh den dok menggoreng rempeyek ni wehhh
😅😅😅


RESEPI REMPEYEK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250 gm tepung beras
300 ml santan (lebih kurang 1 1/3 cawan santan)
1 cawan air
3/4 cawan udang kering
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 biji telur
5 biji bawang putih
2 sudu besar air kapur
2 cawan kacang tanah atau secukupnya
1/2 cawan ikan bilis dibelah dua
1 kg minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara untuk menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Mula-mula kita buat persediaan awal sebelum memasak dulu ya.


Sediakan kacang tanah. Kalau boleh pilih kacang tanah saiz kecil. Basuh bersih dan jemur supaya bila digoreng nanti akan mudah masak.


Kisar santan bersama ketumbar, jintan manis, jintan putih, udang kering, telur, garam, gula, bawang putih dan air kapur sehingga hancur.


Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang mengandungi tepung.


Gaul sehingga rata. Rasa dulu cukup tak masin dan manis. Sempurnakan rasa.


Tambahkan kacang tanah dan ikan bilis. Gaul rata.


Panaskan minyak. Ambil satu senduk kecil adunan dan tepekkan di tepi kuali.

Cuba buat satu senduk dulu. Kalau tebal, kena tambah air sikit. Kalau nipis sangat, kacang tak lekat lak, so kena tambah tepung beras sikit. Kalau dah OK tak yah lah dok memandai tambah apa-apa lagi. Ki3 😆😆😆


Nanti bila dah garing sikit ia mudah jer tangga dari kuali panas tu. Kalau susah juga nak tanggal, jirus sikit dengan minyak panas tu. Nanti senang lah ia lekang dari kuali.


Biarkan ia dalam minyak panas.


Bila warna sudah keperangan, balik kan rempeyek.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak. Ulangilah proses menggoreng sehingga habis. Jangan ler risau pasal panas dan berpeluh ketiak tu ya.. Itu biasa... 😂😂😂


Akhirnya... Siap juga.. 💪💪

Dapat tiga balang. 2 balang besaq, satu balang sederhana besaq. Huntung tak agak-agak? Huhuhu

Jom rasa..

Bismillah..

Sambil tu tertanya-tanya.. Bila lagi saya akan buat rempeyek ni ya? Kikiki.. 😆😆😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan