Rabu, 25 Disember 2019

Putu Halba Acuan Lompang

Kuih pebret room mate saya ialah kuih dalam kain. Apa??? Kuih dalam kain? 😆😆😆

Kuih ni sangat sedap dimakan terutamanya pada musim hujan. Kuih ni diperbuat daripada ubi kayu parut.

Kuih ni secara tradisinya dikukus menggunakan pengukus khas. Sebelum dikukus, parutan ubi di masukkan ke dalam kain serta ditabur dengan nisan yang diracik kemudian ditutup pula dengan parutan ubi. Akhirnya kain tu ditutup dan dikukus sehingga masak.


Pada musim hujan, para petani yang menanam ubi kayu terpaksa menggali pokok ubi kayu untuk mengelakkan ubi kayu daripada rosak terendam dalam air.

Jadi, pada musim hujan pada bulan November dan Disember terdapat banyak bekalan ubi kayu.

Dari sini lah penduduk akan membuat dan menjual kuih putu halba. Masa ni lah juga kita dapat melihat banyak gerai yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sepanjang jalan menjual kuih dalam kain. 😄😄😄

Kita takde pengukus tu, Jadi kita buat la guna acuan lompang ni.. 😁😁😁


RESEPI PUTU HALBA
Oleh Dapur Cempakasati
Kredit resepi : Noor Amirah via Facebook Masak Apa Hari Ni

Bahan-bahan

4 cawan ubi kayu parut
1 sudu besar halba
2 kerek manisan@nisan Kelantan - diracik halus

Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam

Moh ler kita menyediakannya.


🎩Sediakan ubi kayu parut.

🎩Mak Hencik gunakan ubi kayu parut yang telah disimpan dalam freezer. Jadi, biarkan dahulu pada suhu bilik.


🎩Sediakan 1 sudu besar halba. Basuh bersih dan toskan air.


🎩Sediakan 2 kerek manisan@nisan Kelantan.


🎩Ricih atau racik nisan sehingga halus.

🎩Kalau tiada nisan Kelantan tu boleh diganti dengan gula merah.


🎩Sediakan acuan lompang. Oles dengan minyak masak.


🎩Ubi kayu parut frozen tadi sudah lembut, Jadi tibalah masanya untuk kita ke proses memerah ubi kayu parut pula.


🎩Mak Hencik perah guna kain. ☝️☝️adalah hasilnya.


🎩Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul sehingga rata dan berderai.

Cara membuatnya.


🎩Masukkan sedikit parutan ubi kayu ke dalam acuan lompang tadi.


🎩Taburkan nisan yang diracik halus atau gula merah.


🎩Tutup nisan tadi dengan sedikit parutan ubi kayu.


🎩Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.


🎩Bila sudah masak, ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, keluarkan dari pengukus.


🎩Ini☝️☝️pula, pusingan kedua.

🎩Kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam dikukus sebentar supaya ia tahan lama.


🎩Inilah hasil pada hari ini. Dapat banyak juga.


🎩Untuk menghidang, masukkan putu halba ke dalam pinggan bersama kelapa parut.


🎩Jemput makan semua..

🎩Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan