Jumaat, 20 Disember 2019

Apam Balik Ekspress

Nampak sedap pula tengok orang buat apam balik di wall facebook!

Teringat pula pada seorang adik yang jual apam balik di pasar basah Taman Semarak. Dia baru jer lepas sekolah dah pandai buat dan jual apam balik ni. Apam balik dia pun sedap. Cukup ketebalan, cukup bahan tabur. Minat orang ni berbeza, cabang rezeki yang Allah berikan pun luas.


Resepi apam balik ni pada saya dah ok. Lembut dah cukup lembut, cuma pada tekak ni tidak ada rasa lemak. Untuk makan time terdesak tu bolehlah.. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„  Dari pada tak ada benda nak makan musim hujan gaya gini, baiklah buat dan ada makanan  Dapatlah makan! ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


RESEPI APAM BALIK EKSPRESS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
Sedikit marjerin atau minyak masak untuk melengser pada kuali

Bahan tabur

1/2 tin jagung krim
1/2 cawan kacang tanah hancur kasar
Gula, jika suka manis

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.


๐ŸMula-mula pukul 1 biji telur, 1 1/2 cawan air dan 1/2 cawan gula hingga kembang.

(boleh guna blender atau pengisar juga)


๐ŸBila dah kembang, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit di selang-seli dengan baking powder dan soda bikarbonat.


๐ŸBila adunan sudah berbuih seperti di atas, bolehlah berhenti mengisar.

๐ŸPerap adunan sekejap, dalam 15 minit gitew.. Sebab tu lah namanya ekspress. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


๐ŸSediakan serbuk kasar kacang tanah dan jagung krim sebelum memulakan operasi. Jika sukakan manis, sediakan juga gula.

๐ŸSerbuk kacang tanah tu Mak Hencik beli yang sudah siap dijual di kedai bakeri atau pasaraya.

๐ŸKalau tak ada kena lah buat. Hihihi. Kena goreng kacang tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulit dan tumbuk atau kisar kasar kacang tanah. Tapi macam jadi lambat la pulak.. Dah tak Jadi ekspress dah pulak dah.. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐ŸJagung krim tu pun beli yang dah siap dalam tin.


๐ŸPanaskan kuali. Oles kuali dengan marjerin atau minyak masak

๐ŸTuang satu senduk adunan. Biarkan ia separuh masak.

๐ŸBila sudah separuh masak, taburkan serbuk kacang dan jagung. Jika suka manis, taburkan juga gula.

๐ŸTutup kuali dengan tudung periuk.


๐ŸBila sudah masak, lipat dua seperti di atas. ☝️☝️


๐ŸBoleh angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Sapu kulitnya dengan marjerin.


๐ŸBoleh potong apam balik menggunakan pisau yang dibasahkan dengan air.

๐ŸSedia untuk dimakan. Jom.. Apa ditunggu lagi.

๐ŸBismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan