Sabtu, 1 September 2018

Kek Pandan Cheese cara Kukus

Kek yang mudah disediakan dan pastinya sedap dimakan!


Resepi ni dah buat berkali-kali dan telah menjadi dengan jayanya. Eh eh eh buat sendiri, nilai sendiri eh? 😁😁😁

Nasiblah..


RESEPI KEK PANDAN CHEESE KUKUS
Oleh : Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB Azlina Ina Fan

Bahan-bahan

5 biji Telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar paste Pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1-2 titis esen pandan
*1 3/4 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1/2 sudu kecil cream of tartar
Semua bahan bertanda * diayak

1/4 cawan susu Segar / susu cair / air
1/4 cawan minyak masak

Resepi Topping Cheese

*250g cream cheese
*1/2 cawan susu pekat manis
*1/2 cawan whipping cream (resepi asal susu cair)
Semua bahan bertanda * diputar

125g cheddar cheese - diparut halus
Sedikit hiasan warna-warni - jika suka

Cara-cara menyediakan Kek Pandan kukus

Jom....


Di dalam mangkuk adunan, masukkan gula, telur dan ovallete. Putar sehingga kembang.


Apabila sudah kembang, masukkan pewarna hijau, pandan paste dan esen pandan.


Putar lagi.


Masukkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan putar lagi.


Masukkan susu segar dan putar sehingga sebati.


Akhir sekali masukkan minyak masak.


Kaup balik guna sudip kayu sahaja.


Sediakan loyang 10 inci. Oles dengan minyak pada acuan sebelum dilapik dengan plastik. Kemudian, barulah tuang adunan kek tadi.


Masukkan dalam pengukus. Tutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik atas kek. Lepas tu tutuplah dengan tudung pengukus. Kukuslah sehingga masak.

Mak Hencik letak timer 25 minit.


 Tu dia.. Dah masak dah..


Keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai.

Sementara itu, jom buat topping pula. 


Putar cream cheese dan susu pekat manis sehingga sebati.


Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga sebati.


Simpan  adunan krim cheese ni dalam peti sejuk sekejap, dalam 5-10 minit. Tujuannya supaya ia pekat sikit.


Sementara itu, kita parut cheddar cheese.


Parut cantik-cantik menggunakan penyagat yang kita beli kat Kedai dua hengget. 😂😂😂😂😂

Jom menoping!


Masukkan Kek Pandan kukus di dalam bekas yang sesuai.


Tuang semua topping cheese ke atasnya.


Ratakan di atas permukaan kek.


Tabur dengan cheddar cheese parut.


Tabur dengan sedikit twinkle twinkle colourful stars untuk menaikkan seri hiasan 😀😀😀. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Nak makan baru keluarkan..


Ni diaaaa.. Jom makan kawan-kawan.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan