Khamis, 6 September 2018

Kuih Lopes Cara Mudah

Antara pilihan mak mak untuk minum petang atau sarapan pagi. Siapa suka kita geng! 😝😝😝💞



Oleh kerana kita hidup di zaman yang serba cepat ni, maka cara buat kuih lopes pun diringkaskan juga..huhu.

Kalau berbual dengan jiran-jiran yang seusia nenek atau mungkin moyang (usia 70 lebih) kita mengenai cara buat kuih lopes ni memang berbeza besar. Depa letak air abu ker apa, pastu balut dalam daun pisang bentuk segi tiga sebelum rebus lama supaya tekstur pulut jadi pejal dan sedap.

Tapi itulah.. Kita tak ada kemahiran buat kuih cara tradisional ni.. Dan tak pernah buat cenggitu. Kita buat sempoi-sempoi jer asalkan ada rupa sikit, ada rasa sikit. Lebih kurang yang kita selalu beli tuh. Ya.. Ya... Yang kita selalu beli tuh... 😂😂😂


RESEPI KUIH LOPES YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut - direndam dengan air dan pewarna hijau
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - dipotong 5 inci panjang atau simpul
*1/2 kelapa parut
*1/2 sudu kecil garam
Bahan bertanda * dicampur dan digaul sebati.

AIR GULA MERAH

1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - di simpul
1 cawan air
Semua bahan di atas, dimasak di atas api sehingga gula dan gula merah larut.

Cara-cara membuatnya.

Jommmm...


1. Beras pulut dibasuh bersih dan direndam dalam air yang dicampur dengan pewarna hijau lebih kurang 15 minit. Boleh letak asam keping sebagai petua untuk mengekalkan warna.

2. Toskan beras pulut dan keluarkan asam keping.

3. Masukkan beras pulut dalam bekas yang sesuai.


4. Kukus pulut tadi dalam pengukus. Mak Hencik letak timer 25 minit.

Sementara menunggu pulut separuh masak. mari kita buatkan airgula melaka.


Caranya sangat mudah.. Di dalam periuk yang sesuai, masukkan secawan air, secawan gula merah,  1/2 cawan gula, secubit garam dan dua helai daun pandan yang disimpulkan.

Masaklah sehingga gula dan gula merah larut.

Apabila air gula masak dengan kepekatan yang dikehendaki, tutup api. Sejukkan.


Bila sudah sejuk, tapis dan masukkan dalam bekas yang sesuai.

Mak Hencik bubuh dalam bekas yang mudah dituang dan mudah disimpan apabila ada lebih.

Sementara itu kembali ke pulut yang dikukus tadi..


5. Apabila pulut sudah separuh masak, keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.


6. Tuangkan air ke atas pulut dan kacau dengan perlahan sehingga rata.


7. Seterusnya masukkan semua ke dalam loyang. Letaklah dua helai daun pandan kat atasnya untuk menghasilkan bau wangi daun pandan..


8. Kukuslah sekali lagi lebih kurang 20 minit.


9. Keluarkan Dari pengukus Dan sejukkan sebentar.


10. Kelapa parut putih tu kita kukus dalam keadaan terbuka selama 5 - 10 minit.


11. Pulut Tadi tu pula, kita kepal bentuk bulat dan leperkan. Kalau melekit sangat, guna daun pisang atau sapu tangan dengan air.


12. Ginilah rupanya.. ☝☝


13. Ambil kelapa parut yang kita kukus tadi.


14. Salut pulut lopes dengan kelapa parut.


15. Susun dalam pinggan hidang.


Letakkan air gula merah..


Sedia untuk dimakan bersama keluarga tersayang..

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan