Akok durian yang lembut, sangat mudah untuk disediakan. 🎀🎀🎀
Rasa malas dah nak simpan duria yang tinggal sedikit sahaja lagi ni. Mulanya tadi nak masak bingka durian, tapi suami pula teringin nak makan kuih kegemarannya iaitu kuih akok.
"Kalau bubuh isi doyan dalam akok tu boleh tak?"
"Oh boleh jer. Cubalah buat," jawabnya.
Kita pun apa lagi.. terus siapkan bahan-bahan ler. Lepas buat kuih ni nanti bolehlah kita keluar jenjalan..
RESEPI AKOK DURIAN
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 cawan santan pekat ( I guna santak kotak kecil)
4 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan isi durian
1 cawan air gula merah ( 1 cawan air dimasak dengan 2 kerek manisan kecil dan dua helai daun pandan simpul. Masak sehingga manisan larut. Sejukkan dulu)
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara membuatnya
Jom jom jom..
Langkah 1
Sapu acuan dengan minyak masak dan panaskan dalam oven suhu 200°C selama 15 minit.
Sementara itu, perisikan isi durian dalam setengah cawan.
Langkah 2
Mula-mula ambil bekas adunan. Masukkan santan, air gula merah atau manisan, telur, tepung gandum, esen vanila dan secubit garam.
Blend atau putar sehingga rata dan berbuih sedikit. Kemudian masukkan isi durian. Kisar lagi sehingga hancur dan sebati.
Tuang dalam bekas yang ada muncung supaya mudah untuk memasukkannya ke dalam acuan.
Langkah 3
Keluarkan acuan dari oven tadi dan tuang bancuhan akok.
Kemudian bakar dalam oven pada suhu 200°C selama 15 minit atau ikut oven masing-masing.
Ni keadaan kuih akok kita yang sedang mekar berkembang.
Langkah 4
Apabila sudah masak, keluarkan dari oven. Tunggu sejuk sedikit nanti dia akan berkedut.
Untuk dapatkan hasil akok yang baik, kepanasan suhu oven memainkan peranan penting. Dengan kata lain, suhu mesti betul-betul panas semasa membakar.
Nahhh.. ni dia hasilnya. Sedia untuk minum petang.
Jom kawan-kawan kita makan..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan