Jumaat, 31 Ogos 2018

Resepi Cucur Air Panas

Garing diluar, lembut di dalam. Sedap!


Malam tadi sudah buat untuk kudapan malam. Pagi ni buat lagi, untuk menemani bihun dan mi goreng sebagai hidangan sarapan pagi pula.


CUCUR AIR PANAS YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : fb MAHN

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih - Mak Hencik guna air panas dari filter jer.
1 sudu kecil atau secukupnya garam
3 sudu kecil atau secukupnya gula
2 batang daun sup - dihiris halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom..


Langkah 1
Masukkan tepung gandum dalam bekas. Masukkan garam, gula dan hirisan daun sup. Gaul rata guna sudip kayu jer.


Langkah 2
Buatkan lubang di tengahnya dan tuang air panas.


Langkah 3
Kacau menggunakan sudip kayu atau yang sama waktu dengannya. Awas! Jangan guna tangan. Panas adik kakak oii!

Biarkan adunan sejuk dulu sebelum mila membentuk.


Langkah 4
Bentukkan cucur tadi mengikut kesukaan masing-masing. Mak Hencik bentukkan panjang macam di atas. Nak buat bulat-bulat comel pun boleh juga.

Semasa membentuk cucur tu, tangan kita perlu dibasahkan sedikit kerana adunan cucur tu melekit.


Langkah 5
Panaskan minyak dan goreng cucur tersebut. Bila sudah garing, balikkan cucur supaya kedua-dua belah garing dengan sekata.


Langkah 6
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Sedia untuk dinikmati. Hari ni kita makan sebagai sarapan pagi.. Sedap juga cucur ni dicicah dengan sos cili Thai.

Jemput makan.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan