Sedapnya! Peminat bihun jangan ketinggalan menikmatinya. Adakah anda orangnya?
Ingatkan tadi nak keluar bersarapan di luar. Selepas subuh asyik dok menyembang dengan suami, tak sedar waktu dah berganjak ke pukul lapan pagi.
Uiiii lamanya membawang... Hi3
Lepas tu rasa malas pula nak keluar. Hujan pula turun rintik-rintik membasahi bumi. Lagi ler rasa malas berganda dua nak keluar. Akhirnya buat keputusan untuk memasak ajer lah sendiri.. Sekali-sekala boleh lah kan..
BIHUN GORENG PUTIH YANG MUDAH DAN SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 1/2 keping bihun - direndam sekejap dalam air
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dipotong serong. Kalau nak pedas tukar dengan cili padi secukupnya.
4 batang sosej - dhiris nipis1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1/2 susu kecil serbuk lada sulah
1 susu besar sos tiram
2 cawan air atau secukupnya
Sedikit karot - dipotong halus
Sedikit kobis - dipotong kecil
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cara-cara menyediakannya
Jom..
Sediakan bawang putih dan bawang merah hiris, sayuran yang disukai, cili hijau dan sosej.
Kalau nak pedas, tambahlah cili padi 7-8 biji dan ketuk.
Sosej tu pun boleh tukar ke udang, sotong ayam atau daging. Pendek kata, letak jer la apa-apa yang kita suka. Sebab kita jugalah yang akan membelasahnya nanti... Hahaha
Bihun direndam dalam air sekejap, dalam 10 minit gitu. Lepas tu bilas dan toskan air nya.
Ini kes terdesak nak cepat. Tapi okey apa.
Mula-mula panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Kemudian masukkan cili hijau. Godek-godek sekejap.
Masukkan pula sosej. Kacau seketika sehingga masak.
Lepas tu masukkan air pulak. Agak-agaklah ya nak masukkan banyak mana. Mak Hencik masukkan dua cawan.
Sambil menunggu air mendidih tu, kita campak seketul kiub ayam, sedikit garam, gula dan sos tiram. Garam tu jangan banyak sangat sebab kiub ayam sudah ada rasa masin. Kacau-kacau sikit.
Bila air sudah mendidih, masukkan sayuran kita seperti karot dan kobis. Masukkan juga bihun yang ditoskan tadi.
Kacau sehingga rata. Kalau korang suka bihun yang panjang-panjang, gaullah dengan lemah-lembut dan lemah gemalai. Dalam kes korang suka yang patah-patah dan pendek-pendek, bolehlah korang gaul dengan gagah perkasa.
Haaa.. Janji bihun kita digaul rata dan sebati serta sedap rasanya.
Akhir sekali, tabur serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Gaul lagi sehingga rata.
Bila sudah rata, bolehlah angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidang.
Hiaskan dia dengan daun sup hiris dan bawang goreng..💚💛💜💖💕
Sudah siap. Yeayyy! Marilah kita bersarapan.
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan