Ahad, 25 Februari 2018

Resepi Kebab Ayam Perisa Satey yang sangat Sedap

Sajian seimbang dan mudah ini sesuai untuk sarapan pagi, hidangan waktu petang atau malam menggantikan nasi. Rasanya pun sangat sedap tau!



Kebab ni adalah antara hidangan top untuk anak-anak Mak Hencik. Kalau satu tu belum tentu cukup. Mesti nak lebih. Lepas tu siap inform adik-beradik, "kalau kau tak nak bagi aku tau."


RESEPI KEBAB AYAM PERISA SATAY
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan ayam perisa satey

3 ketul isi ayam bahagian dada - dipotong kiub saiz kecil
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang merah besar
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 cawan gula
1/4 cawan gula perang
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
2 batang serai - dihiris kasar
Semua bahan kecuali ayam dan gula merah dikisar halus.


Bahan-bahan kebab

1 1/2 cawan isi ayam perisa satey - digoreng dengan sedikit minyak
6 biji roti hot dog - dibelah tengah
6 helai daun salad - dihiris kasar
Cili sos secukupnya
Mayonaise secukupnya

Cara-cara membuatnya.

Mula-mula kita sediakan isi ayam perisa satey dahulu.


Isi ayam dipotong dadu, saiz kecil. Basuh bersih dan toskan.


Sediakan bahan untuk dikisar seperti kunyit hidup, serai, bawang putih, bawang merah, halia, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

Kalau nak guna yang serbuk pun tak apa tau. Kisar sahaja bahan-bahan yang lain tu.


Kisar bahan-bahan di atas bersama gula dan sedikit garam sehingga hancur.


Tuang bahan kisar ke dalam isi ayam dan masukkan gula merah. Kacau sebati dan perap.

Gula merah ni kalau nak kisar sekali dengan bahan-bahan kisar lain pun tak apa.


Mak Hencik masukkan dalam bekas, dan simpan bahagian chiller peti sejuk.

Kalau tak tentu bila nak buat kebab ni, Mak Hencik simpan terus kat tempat sejuk beku. Kalau nak buat kebab esok pagi sebagai sarapan anak-anak ke sekolah, Mak Hencik keluarkan dari bahagian frozen dan letak tempat chiller.

Oklah jom buat kebab sekarang.


Kita masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng daging ayam perap kita.


Kacau seketika sehingga isi ayam masak. Kalau nak garing, goreng lama sikit. Lepas tu bolehlah tutup api.


Roti hot dog dibelah tengah, tapi jangan sampai putus. Kalau terputus, rasa putusss harapan ni haa. Hihihi



Kita perlukan roti hot dog, daun salad yang dihiris kasar, sos cili dan mayonaise.


Roti yang dibelah tengah tadi dipicitkan atau disapu cili sos.


Lepas tu masukkan daun salad. Kalau uols nak tambah timun sagat ke, tomato hiris ke.. terpulang kepada citarasa masing-masing.


Kemudian masukkan pula isi ayam perap goreng tadi. Susun elok-elok supaya tak terkeluar dari roti.


Seterusnya letakkan sedikit lagi daun salad di atasnya. 


Selanjutnya bolehlah kita picitkan sos cili. Mmm.. meriah sikit nampaknya.


Akhirnya picitkan mayonaise. Mmm.. lagi meriah nampaknya.


Haaaa... Tu dia.. dah siap dah. Ambil sorang satu ya. Jangan ambil lebih tau. Hihihi

Jemput makan ya kawan-kawan.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan