Carbonara ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis pasta, biasanya spagethi. Pasta lain yang boleh digunakan ialah fettuccine, rigatoni, linguine dan bucatini. Untuk hidangan hari ini Mak Hencik pilih fettuccine yang bentuknya macam kuey tiew.
Carbonara ni berasal dari Itali dan dimasak menggunakan telur, daging, keju dan lada hitam. Penggunaan krim pula adalah dari luar negara Itali. Bagaimanapun resepi ini telah kita olah mengikut selera anak tekak sendiri. 😂😂
Peace! ✌✌
RESEPI FETTUCCINE CARBONARA
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
400 gm daging cincang
5 batang sosej - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dicincang
1/2 labu bawang besar - dicincang
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
3 cawan air
1/2 cawan whipping cream
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Sedikit serbuk daun parsley kasar - jika suka
Sedikit serbuk oregano kasar - jika suka
1 1/2 ketul kiub ayam
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
1/2 biji lada capsicum - dipotong kiub
1 sudu kecil garam
Serbuk keju parmesan - jika suka
Cara-cara membuatnya
Let's do it together.. (chewahh cakap omputih pulak)
Rebus fettuccine dan bubuh sedikit minyak zaitun di dalam air rebusan.
Apabila masak, angkat dan toskan airnya. Renjis sedikit minyak zaitun jika suka.
Bawang putih dan bawang besar Holand dicincang halus.
Cendawan butang dihiris nipis dan lada capsicum dipotong dadu.
Sosej dihiris nipis.
Kiub ayam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kasar.
Serbuk kasar daun parsley dan oregano.
Masukkan mentega di dalam kuali. Bila mentega cair sedikit, masukkan bawang putih dan bawang besar Holand cincang. Kacau sehingga layu.
Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sehingga tidak bergentel dan warna bertukar ke keperangan.
Masukkan daging kisar. Kacau seketika sehingga daging separuh masak.
Masukkan sosej. Kacau lagi.
Masukkan susu segar. Masukkan juga air. Masukkan kiub ayam dan sedikit garam. Kacau lagi.
Masukkan cendawan butang dan lada capsicum.
Masukkan serbuk lada putih dan lada hitam kasar.
Masukkan serbuk kasar daun parsley dan oregano.
Akhir sekali masukkan whipped cream. Biarkan sehingga mendidih. Sambil itu terus dikacau sehingga pekat.
Apabila sudah mendidih dan pekat elok, bolehlah tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.
Apa lagi, marilah makan. Ambil pinggan, masukkan fettucine secukupnya dan sesenduk kuah carbonara. Renjis sedikit serbuk lada hitam dan keju parmesan di atasnya. Mmm.. menyelerakan.. Jemput makan kawan-kawan.
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan