Sabtu, 3 Februari 2018

Kek Cawan Pisang yang Lembut dan Sedap

Banyak kali Mak Hencik buat kek pisang.🍌🍌🍌 Ternyata resepi ini memberikan hasil yang terbaik. Lembut, gebu dan sedap rasanya. Sama macam yang dijual homemade.



Lima biji pisang nangka lebihan dibuat goreng sebelum ni sudah naik lebam disimpan dalam peti sejuk. Pikir punya pikir daripada membazir, baik kita buat sesuatu yang memberi manfaat dan kegunaan kepada kita. Pembaziran juga dapat dielakkan.. Haaa betul kan?



Sebelum ni Mak Hencik biasa buat ikut sukatan cawan. Tapi hari ini Mak Hencik cuba resepi timbang-menimbang pula. Mana tau hasilnya nanti menakjubkan. Tak cuba tak tahu..

Mak Hencik nih kurang gemar juga kalau bab timbang-menimbang ni.. Eeeiii macam nak timbang diri-sendiri pula..

Tapi hasilnya wa cakap sama lu.. memang superb. Mak Hencik berpuas hati dari semua segi. Rasa yang sedap, tekstur yang gebu dan lembut, warna yang cantik juga.. Kecuali kita bakar sampai hangus, makanya legamlah kek pisang kita jadinya nanti.. hihihi



KEK CAWAN PISANG YANG LEMBUT DAN SEDAP
oleh Dapur Cempakasari

bahan-bahannya

Bahan A

250g tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

Bahan B

230 g gula 
4 biji telur
230 g minyak masak
300 g pisang
2 sudu besar air
3 titis esen pisang

Cara-cara membuatnya

Jom ler kita ke dapur


Di dalam mangkuk adunan, kisar bahan B sehingga hancur.




Tengok tu.. berbuih-buih dia apabila dikisar. Abaikan hand blender Mak Hencik yang kelihatan cun menawan itu.. Tanda rajin memasak tu oii. Hahaha

Biarkan dulu ya..



Kita ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.




Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit deni sedikit  ke dalam mangkuk adunan tadi dan kacau menggunakan whisk.




Kacau perlahan-lahan sampai tepung bergaul mesra dan sebati bersama-sama dalam mangkuk adunan.



Kemudian, bolehlah kita susun cawan kertas untuk dimasukkan adunan kek pisang. Dalam masa yang sama juga kita panaskan oven 170 selama 10 minit.

Mak Hencik gunakan cebok ais krim untuk masukkan ke dalam cawan kertas tu. Cebok?? kahkahkah. Apa nama dia ya.. yang kita scoop ais krim tu..tak leh nak pikir I ni.. Oh ho ho Scoop! Ya ke ni?

Kalau guna loyang, guna saiz 9"X9", bakar suhu 170 C selama 45 minit.



Bakar dalam ketuhar 170 C selama 25 minit.




Mengintai di perkarangan jendela oven.. Naik cantik sahaja dia.. Mmm..harap-harap jadi.




Inilah hasilnya. Memang jadi.. Rasa tak sabar pula nak menggigitnya.. Apakah rasa kamu wahai Kek Pisang.. Jom kawan-kawan kita makan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan