Ahad, 4 Februari 2018

Roti Gulung Sosej Goreng Celup Tepung

Mak aihhh..! Panjangnya nama mu. Macam susah jek nak buat ni.. susah apanya. Kita guna roti sandwich sahaja.. Gi beli sekarang sebungkus. Ini arahan. 😎😎




Yang sebenarnya, yang biasanya berlaku ialah roti tu dah hampir luput tarikh dah, baru la ku bergegas buat roti gulung sosej ni. Anak-anak memang suka sangatlah dengan hidangan ni.

Selalunya ku goreng bersalut telur, tapi ada kalanya ku goreng celup tepung. Biar ada garing-garing kulitnya. Mmmm.. sedapnya. Kejap jer licin. 😋😋



ROTI GULUNG SOSEJ CELUP TEPUNG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

10 batang sosej - dipanggang atas kuali jek kemudian potong dua.
10 keping roti sandwich
Sedikit mayonaise
Sedikit sos cili

Bahan pelekat
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air

Bahan celup tepung
1 cawan air dibancuh dengan 1/4 cawan tepung gandum.

Cara-cara menyediakannya

Jom buat sama-sama




Antara bahan yang diperlukan, sosej, roti, mayonaise dan sos cili.



Roti dipotong tepi.




Gunakan roller ke apa nama dia, torak ke, ke pencanai .. arghh apa-apa lah untuk menipiskan roti. 😇😇




Roti yang dicanai nipis tadi dipotong dua.


Susun roti di atas dulang. Ni bukan nak bakar tau. Ni cuma nak ruang yang luas nak susun roti, pastu kerja kita cepat siap.




Picitkan sos cili dan mayonaise




Ratakan menggunakan sudu.




Letak sosej di hujungnya kemudian gulung.
Gulung kemas-kemas tau.




 Bancuhan tepung sebagai pelekat




Gulung sosej dan lekatkan hujung roti dengan pelekat tepung.




Buat sampai habis dan masukkan ke dalam bekas.

Kalau nak buat sebagai sarapan pagi, Mak Hencik simpan dulu dalam peti sejuk. Esok nak goreng baru Mak Hencik keluarkan.



Untuk menggoreng, kita bancuh tepung dengan air. Bancuhan tepung ni agak cair juga.

Sekarang boleh panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.




Bila minyak sudah panas, bolehlah kita ambil roti dan celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng.




Bila warna sudah keperangan, bolehlah dibalikkan. Balikkan roti tu tau. Jangan ko balikkan kuali pulak.




Bila sudah keperangan keadaan roti sosej tu, bolehlah diangkat dan ditos minyak.

Terus goreng roti sosej sampai habis.




Inilah hasil kita di dapur. Boleh buat sebagai sarapan, minum petang,  atau bila-bila yang kita suka seperti waktu malam sebelum tidur.. Apa ko kesah?! 😂😂

Jom makan

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan