Khamis, 22 Februari 2018

Ayam Paprik Oo La La Mudah dan Sedap

Paprik dalam bahasa Thai bermaksud stirfry (pap) dan cili (prik) kotlah. Rasa-rasanya lah. 😇😇. Tapi yang aku masak ni tak pedas pun sebab masak untuk anak-anak. Kalau bubuh cili banyak, maksudnya aku jer la yang boleh telan.. 😁😁


Bau serai dan aroma limau purut yang diramas manja memang menjentik anak tekak. Kuah pun nampak berseri dengan warna yang memikat sukma. Rasa tak sabar pula untuk menikmati keenakkannya.


RESEPI AYAM PAPRIK OO LA LA YANG SEDAP
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

3 ketul ayam - dipotong kecil
1 biji bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang merah saiz kecil - dihiris nipis
2 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang holand - dipotong wedges
1 batang serai - diketuk
1 biji tomato - dipotong lapan 
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
3 cawan air 
sedikit karot - dipotong
sedikit bunga kobis - dipotong kecil (tak letak sebab tiada dalam peti ais, tak perasan dah habis stok. haha)
sedikit kacang panjang - dipotong panjang 2 inci (tak letak sebab tiada orang suka dalam rumah ni. Haha)
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jomlah kita ke dapur


Ayam yang sudah dibasuh bersih kemudian ditoskan airnya.



Antara bahan-bahan yang digunakan.

 mula-mula panaskan kuali, masukkan minyak kemudian tumis bawang putih dan cili kisar sehingga hampir garing.


Masukkan ayam. Kacau sedikit supaya isi ayam bergaul mesra dengan bahan tumisan.


Masukkan sedikit air. Kacau sekejap.


Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan dalam dua tiga minit.


Sementara itu sediakan sos tiram dan cili sos cili.


Bila air sudah hampir kering, buka penutup kuali tadi.


Masukkan sos cili


Masukkan kicap manis.


Masukkan air secukupnya, daun limau purut dan serai.


Masukkan juga bawang besar holand, tomato, garam dan gula secukupnya. Kalau ada sayur-sayuran macam karot ke, bunga kobis ke, kacang panjang ke.. masa ni la bubuh. Mak Hencik ni tak bubuh segala tumbuh-tumbuhan tu sebab tak dek stok semua benda alah dalam peti ais dah zero nih. Yang tinggal seketul dua binatang ayam jer ni. Huhu. Tak po la, dah rezeki secupak pun jadi lerr.. Syukur..


Masukkan sedikit kicap manis. 


Akhirnya masukkan karot dan lada hijau yang dipotong serong.


Sediakan bancuhan tepung jagung iaitu campuran tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.


Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga rata dan kuah menjadi pekat sedikit.


Bila sudah masak, matikan api.


Sudah siap masakan kita hari ini. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan yang paling bergaya. Kahkahakah. Jemput makan kenkawan. Makan bersama nasi panas.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan