Isnin, 19 Februari 2018

Bihun Soto Ayam Begedil bebola daging

Soto yang sedap pastinya datang dari kuahnya yang ummmppphhh.. Makan pula panas-panas bersama keluarga tercinta.. Malatop u.. ♨👅💦💦



Tengah-tengah syok memasukkan bihun soto ke dalam mangkuk, barulah terperasan sesuatu yang utama tetapi tiada di meja hidangan. Arghhhh.. Arghhhh.. Apalah nasib bihun soto ku hari ini.. Tauge dan tauhu tak ada. Tertinggal dekat pasar pagi tadi agaknya. Al maklumlah plastik sudah banyak di kiri dan kanan tangan ni, letaklah sekejap untuk pilih cili. Bila dapat si cili merah yang menawan tu, maka terlupalah kepada si tauge dan tauhu. Huhu

Wahai perut, kau terimalah hidangan ini seadanya. Terimalah dengan perut terbuka segala kekurangan yang ada pada bihun soto hari ini ya. Sebagai hamba yang beriman dan bertaqwa, kau hendaklah redha dan pasrah di atas apa yang terjadi. Tauge dan tauhu itu adalah bukan rezekimu wahai perutku..


RESEPI BIHUN SOTO AYAM BERGEDIL BEBOLA DAGING
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan Kuah Soto

#2 keping dada ayam yang besar
#10 biji bawang putih - diketuk
#1 inci halia - diketuk
#2 batang serai - diketuk
#2 liter air
Bahan bertanda # di atas direbus bersama sehingga mendidih dan isi ayam masak.

*5 biji bawang putih
*1 biji bawang merah sederhana besar
*1 sudu besar jintan manis
*1 sudu besar jintan putih
*1 sudu besar ketumbar
Bahan bertanda * dikisar halus 
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk halus

Cara-cara membuatnya

Lai Lai ke dapur lo..




Bawang putih, halia dan serai hendaklah diketuk.


Rebus isi ayam bersama serai, bawang putih dan halia yang diketuk. Apabila kuah sudah mendidih dan isi ayam sudah masak, keluarkan isi ayam. Toskan ayam dan biarkan ia sejuk.



Bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih dan ketumbar dikisar sehingga hancur.


Panaskan minyak.


Tumiskan bahan kisar sehingga garing. Kacau selalu supaya garing sekata dan tidak hangus. Mmm.. wangi baunya..



Apabila bahan tumisan sudah garing, masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ayam yang mendidih. Kacau seketika.



Rempah soto yang Mak Hencik guna.


Tuang sahaja ke dalam periuk tadi. Kacau rata.



Akhir sekali masukkan daun limau purut yang diramas manja, kiub ayam, garam dan gula secukupnya. Biarkan ia mendidih seketika kemudian bolehlah tutup api.
Selesai masak kuah soto. Biarkan dulu seketika.

Cara buat ayam carik




1. Ayam yang ditos tadi dibubuh garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut. Bila dah masak, angkat dan sejukkan.
3. Bila dah sejuk, tumbuk ayam tersebut dan carikkan isinya. Siap.

RESEPI BERGEDIL BEBOLA DAGING
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

5 biji kentang saiz besar
5 tangkai daun sup atau secukupnya
1/3 cawan bawang goreng
sedikit garam
sedikit gula
2 biji telur untuk disadur pada bergedil
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya


Kentang dipotong kecil dan digoreng sehingga masak. Tak perlu garing tau. Tujuan digoreng ialah supaya lambat basi.


Apabila sudah masak, angkat kentang dan toskan minyak. 


Kentang hendaklah dilenyek semasa masih panas. Malang bagi Mak Hencik, tadi tak terus lenyek sebab buat benda lain. Akibatnya bila sudah sejuk rupanya kentang tu susah untuk dilenyek. Makanya Mak Hencik pun ambillah lesung batu dengan semangat perwira untuk menghancur-lumatkan kentang sejuk tadi. Rasa nak menangis Mak Hencik kena menumbuk kentang tersebut. Semangat perwira tadi dah bertukar jadi semangat taik ayam pulak. Huhuhu 

Masukkan kentang yang sudah siap dilenyek di dalam bekas atau mangkuk adunan.


Selepas tumbuk kentang, kita tumbuk pula bebola daging yang sudah digoreng tanpa minyak di dalam kuali biasa. Boleh guna kuali megik juga kalau ada. Tumbuk sampai lumat.
Kemudian masukkan ke dalam bekas yang mengandungi kentang lenyek tadi.


Di dalam bekas atau mangkuk adunan yang mengandungi kentang lenyek, bebola daging tumbuk, masukkan bawang goreng dan daun sup yang telah dihiris halus. Masukkan juga serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam serta sedikit garam dan gula. Kemudian gaul sebati. Buat sampai rasa sedap dengan lidah kita. Dah kita yang nak makan.. Ada ko kesahh? Huhuhu

Bawang goreng tu seeloknya digoreng sendiri kerana aromanya jauh lebih wangi dari bawang goreng siap dalam plastik tu. Apa-apa pun terpulang kepada kita juga nak guna yang mana. Dah kita yang nak makan.. Ada ko kesahh? Huhuhu



Bentukkan bulat dan leperkan. Buat sampai habis.


Pecahkan telur dan godek sikit guna garpu. Sementara itu, kita boleh panaskan minyak secukupnya di dalam kuali untuk menggoreng bergedil.


Bila minyak sudah panas, celupkan bebola kentang leper ke dalam telur yang digodek manja tadi. Lepas tu hantarkan dia ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas tadi. hati-hati guys. 


Bila sudah nampak kekuningan, balikkan bergedil tersebut.


Bila sudah keperangan, angkat dan toskan minyak. Sekejap jer goreng bergedil ni sebab kentang pun tadi sudah masak.


Masukkan bergedil ke dalam pinggan hidangan.


Untuk hidangan bihun soto ayam bergedil daging hari ini kita ada kuah soto, ayam goreng kunyit yang dicarik halus, kicap pedas, bawang goreng, daun sup hiris dan bergedil bebola daging.


Oh ho ho ho.. bihun jangan dilupa. Bihun ni dicelur terlebih dahulu dalam air panas. Bila sudah lembut dan lemah longlai bolehlah ditos airnya dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan yang paling bergaya. Hihihi


Ini dia rupa masakan yang kita berhempas pulas bersilat di dapur tadi. Bihun Soto Ayam Bergedil Daging yang ummmmppphhh dapnya. Dapnya. Jemput makan kawan-kawan semua. Jemput, jemput.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan