Masakan yang simple sangat. Makan nasi panas dengan pucuk paku goreng pun boleh makan bertambah..
Kalau ikutkan, memang senang sangatlah bagi golongan mak-mak atau pak-pak yang terrer memasak untuk masak lauk ni tapi lain pula bagi geng budak-budak baru nak up ni.. memang susah rasanya untuk diorang. Hahaha.
Tapi takper. Meh sini Mak Hencik payungkan korang dengan cara masak sayur pucuk paku ni.
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku
1 ketul isi ayam - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 biji bawang merah - ditumbuk kasar
1/2 biji bawang besar Holland saiz kecil ,- dihiris
1 tangkai lada merah - dipotong serong
1 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa megi
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Cara-cara membuatnya.
Mari sini.. kita buat sesama persediaan bahan memasak.
Sayur ni kita ambil bahagian yang lembut sahaja. Kita potong dalam dua inci panjang. Batang yang keras tu jangan diambil tau.
Lepas tu kita basuh bersih dan toskan air. Ketepikan.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk kasar
Isi ayam dihiris nipis. Kalau nak ganti dengan sumber protein yang lain seperti daging ke.. udang ke.. sotong ke.. udang kering ke.. semua boleh. Ikut citarasa memasingla yea.
Lada merah dipotong serong.
Bawang besar Holland dihiris.
Sediakan air setengah cawan.
(Petai tu takde kena mengena ya.) Tersalah letak nak oiii. Adoiii!
Jom kita memasak pula.
💥 Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa megi secukup rasa.
💥 Masukkan juga satu sudu besar kicap manis Gaul sehingga rata.
💥Rasakan dahulu sedap ke tidak. Kalau kurang rasa, tambahlah apa-apa yang tak cukup tu supaya sempurna rasanya. Ikut mulut tuan yang memasaklah yea..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan