Memaparkan catatan dengan label Resepi sayuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi sayuran. Papar semua catatan

Isnin, 19 Julai 2021

Pucuk Paku Goreng

 Masakan yang simple sangat. Makan nasi panas dengan pucuk paku goreng pun boleh makan bertambah..

Kalau ikutkan, memang senang sangatlah bagi golongan mak-mak atau pak-pak yang terrer memasak untuk masak lauk ni tapi lain pula bagi geng budak-budak baru nak up ni..  memang susah rasanya untuk diorang.  Hahaha.

Tapi takper. Meh sini Mak Hencik payungkan korang dengan cara masak sayur pucuk paku ni. 


RESEPI PUCUK PAKU GORENG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ikat pucuk paku 
1 ketul isi ayam - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 biji bawang merah - ditumbuk kasar
1/2 biji bawang besar Holland saiz kecil ,- dihiris
1 tangkai lada merah - dipotong serong
1 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa megi
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Cara-cara membuatnya.

Mari sini.. kita buat sesama persediaan bahan memasak.


Ni dia sayur pucuk paku nama dia. Jangan risau, nama dia memang ada paku tapi bukan paku besi hak kita dok guna nak cantum kayu tu naaa.

Sayur ni kita ambil bahagian yang lembut sahaja. Kita potong dalam dua inci panjang. Batang yang keras tu jangan diambil tau.

Lepas tu kita basuh bersih dan toskan air. Ketepikan.


Kita sediakan bahan-bahan yang lain. 

Bawang putih dan bawang merah ditumbuk kasar

Isi ayam dihiris nipis. Kalau nak ganti dengan sumber protein yang lain seperti daging ke.. udang ke.. sotong ke.. udang kering ke.. semua boleh. Ikut citarasa memasingla yea.

Lada merah dipotong serong.

Bawang besar Holland dihiris.

Sediakan air setengah cawan.

(Petai tu takde kena mengena ya.) Tersalah letak nak oiii. Adoiii!

Jom kita memasak pula.


πŸ’₯ Panaskan 2 sudu besar minyak. Tumis bawang yang ditumbuk tadi sehingga keperangan dan naik bau.


πŸ’₯Lepas tu masukkan isi ayam. Kacau sikit sehingga isi ayam separuh masak. Lepas tu, masukkan setengah cawan air.  Biarkan air menggelegak dan isi ayam masak.


πŸ’₯Lepas tu masukkan pucuk paku.


πŸ’₯ Masukkan juga lada merah dan bawang besar Holland hiris tadi 

πŸ’₯ Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa megi secukup rasa.

πŸ’₯ Masukkan juga satu sudu besar kicap manis  Gaul sehingga rata.


πŸ’₯Lepas tu tutup kuali dengan tudung periuk yang tak pandai menari. Kalau guna tudung periuk yang pandai menari macam dalam cerita P.Ramlee tu dikhuatiri tak masak-masaklah pucuk paku goreng ni.. pasal dia dok sibuk menari pula.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


πŸ’₯Selepas beberapa minit, tudung periuk tu dibuka. Nampaknya pucuk paku dah layu.

πŸ’₯Rasakan dahulu sedap ke tidak. Kalau kurang rasa, tambahlah apa-apa yang tak cukup tu supaya sempurna rasanya. Ikut mulut tuan yang memasaklah yea..

πŸ’₯Dah sedap segala, tutuplah api dan bolehlah dihidangkan.

πŸ’₯Jemput makan semua.. Bismillah.



Selasa, 27 November 2018

Sayur Lemak Petola Ular

Masakan lauk kampung yang digemari. Walau nama sayurannya pelik, tapi rasa dia ok jerrr..


Masakan ni sangat sesuai dimakan dengan ulaman dan budu atau sambal belacan. Dulu-dulu semasa Mak Hencik bersekolah, budu ni kegemaran orang Kelantan dan Terengganu.Tempoyak pula kegemaran orang Perak. Cencaluk pula kegemaran orang Melaka. Tapi sekarang ni rasanya kau orang negeri mana pun boleh makan budu, makan tempoyak dan  makan cencaluk. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Nak buat macammana dah kau kahwin dengan orang negeri tu.. orang negeri ni..masakan pun bertukar-tukar.

Hurm.. macam-macam kan. Citarasa dan kegemaran masing-masing.. yang seharusnya perlu kita hormati. Ya tak?


SAYUR LEMAK PETOLA ULAR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji buah petola ular, dipotong serong
*1 biji bawang merah besar
*1 sudu kecil lada hitam
*1 ekor ikan rebus atau panggang, diasingkan isi dengan tulang
Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus
1 cawan santan pekat 
2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.. jom.. jom kita menyayur hari ini...

Persediaan bahan.




Bawang merah dan lada hitam.


Ikan rebus yang belum diasingkan isi dengan tulang.



Bahan tumbuk iaitu lada hitam, bawang merah dan isi ikan rebus.



Santan pekat.



Sebiji buah petola ular.



Buah petola ular yang telah dipotong serong, dibasuh bersih dan ditoskan airnya.

Jom kita memasak pula. 




Di dalam periuk, masukkan santan dan air serta bahan tumbuk. Kacau selalu sehingga kuah menggelegak.


Bila kuah sudah menggelegak, masukkan buah petola ular tadi. Masukkan garam dan gula jika suka, secukup rasa.




Biarkan kuah menggelegak sekali lagi.




Biar sampai buah petola ular masak.




Bila sudah masak, angkat dan hidangkan. Sedap kalau ada budu dan ikan masin. Perghhh..! Mentua lalu pun tak sedar nanti ni.

Jemput makan semua.

Bismillah..

Isnin, 14 Mei 2018

Sayur Lemak Putih Labu

Ada sebiji labu tergolek kat tepi tangga dapur. Bentuk lonjong pula. Budak-budak ni yang taburkan biji labu bulan Jan hari tu, sekarang bulan lima, sudah boleh dipetik buahnya.




Diorang ni pun main-main sahaja tabur benih. Tak sangka pula, menjadi juga.
Kalau berbudi pada tanah, adalah hasilnya.



RESEPI SAYUR LEMAK PUTIH LABU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/4 biji labu saiz sederhana - dikopek kulit dan dipotong kiub
7 tangkai pucuk labu - dipotong
1/2 biji bawang merah - ditumbuk
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
4 cawan santan
1 ekor ikan kembung kecil - dipanggang dan diasingkan isi dengan tulang
2 sudu kecil garam atau secukupnya
2 sudu kecil gula, jika suka

Cara menyediakannya

Marilah kita ke dapur..



Inilah rupanya labu bentuk lonjong.



Isi labu yang telah dipotong kiub.



Pucuk labu yang baru dipetik tadi.



Kobis tu tumpang ajer yea.. nak tunjuk gambar si pucuk labu yang segar dari ladang ni..



Ikan kembung diasingkan isinya. Nak guna ikan lain pun boleh contohnya ikan sardin atau selayang, pealing dan lain-lain. 



Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Kemudian, masukkan bawang merah dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.



Di atas dapur, masukkan santan dan bahan tumbuk. Kacau selalu supaya santan tidak berketul. Kacau sehingga kuah mendidih.

Sambil itu masukkan garam secukupnya dan gula jika suka.



Apabila kuah sudah mendidih, masukkan buah labu. Kacau selalu sambil menantikan buah labu empuk.



Kemudian, masukkan pula pucuk labu. Biarkan sehingga ia layu.



Bila sudah layu, rasa pun sudah sedap, bolehlah tutup api.



Masukkan dalam mangkuk hidang. Bolehlah dinikmati dengan nasi dan lauk-lauk lain yang mana ada..

Jemput makan..

Bismillah..

Ahad, 22 April 2018

Sayur Pedas Labu Air yang sangat Sedap

Yang sangat sedap tu bukannya apa.. sebab saya sangat suka. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sayur pedas ini bukan digoreng, tetapi direneh. Cara ni adalah cara yang mak masak. Tanpa kita sedari maklah guru pertama kita dalam mata pelajaran masakan. Terima kasih, mak.


Sayur pedas labu air ni sedap dimakan bersama ikan rebus goreng atau ikan goreng. Untuk anak-anak pula mestilah ayam goreng. Tapi hari ni Mak Hencik masakkan ayam paprik untuk diorang sebab dah dua hari makan ayam goreng berkari.


RESEPI SAYUR PEDAS LABU AIR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji labu air - dikupas kulit dan dipotong kecil
1 ekor ikan rebus atau ikan panggang - ambil isinya
1/4 biji bawang merah besar
1 sudu kecil lada hitam
4 cawan air
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa, jika suka

Cara-cara menyediakannya


Antara bahan-bahan yang diperlukan.


Labu air dikupas kulit, dipotong kecil dan direndam dalam air.


Ikan rebus diambi isinya. Tulang dibuang atau ditanam. Mana tau ia akan tumbuh pokok. Pokok ikan. Nanti senang kita petik ajer ikan tu.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Mula-mula tumbuk lada hitam sampai lumat. Lepas tu masukkan bawang merah besar dan hayun alu lesung lagi dengan penuh kasih sayang sehingga lumat.


Sudah lumat bawang, masukkan pula isi ikan. Tumbuk lagi dengan penuh istiqamah dan berdedikasi. Tumbuk sehingga lumat.


Haaa... Inilah dia hasilnya. Yezzzz!


Kemudian, ambil periuk atau kuali kesayangan kita, masukkan 4 cawan air dan bahan tumbuk tadi. Buka api.


Biarkan sehingga menggelegak sambil dikacau sekali-sekala.

Sambil itu juga masukkan garam, gula dan serbuk perasa sesedap rasa.


Bila dah menggelegak, toskan labu air yang dibiarkan berenang di dalam air tadi.


Masukkan labu air ke dalam kuah yang sedang menggelegak.


Biarkan labu air masak sambil dikacau sekali-sekala. Kalau korang rajin nak kacau selalu pun tiada masalahnya.


Bila labu air dah masak, tutuplah api. Tanda labu air masak ialah warnanya dah berubah dan nampak layu sikit. Ya ke? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk hidang. Letak bawah tudung saji.


Inilah sahaja lauk pada hari ini. Sangat sederhana. Tapi bila makan dengan keluarga tercinta ni, semua jadi sedap belaka. πŸ˜πŸ˜€πŸ˜πŸ˜€

Jemput makan semua..

Bismillah..