Antara kuih tempatan yang popular di majlis keramaian. Lemak dan manis sesedap rasa. Tak rugi untuk dicuba!
Mak Hencik tak pasti namanya kole ke koleh? Setau Mak Hencik, kole tu bekas untuk isi air. Manakala koleh pula adalah sejenis kuih.
Tak kisahlah kan apa nama dia. Yang pasti koleh kacang yang kita nak masak pada hari ini adalah sejenis kuih. Lagi satu.. tahi minyak ni pun halal, bersih dan suci serta boleh dimakan. 😆😆😆
RESEPI KOLEH KACANG TAHI MINYAK
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal: Eli Bostamam via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan
Bahan-bahan
🍂 Tahi Minyak
2 cawan santan - masak sampai jadi tahi minyak..nak jadi halus-halus kena kacau selalu ye
🍂 Air gula merah
2 cawan gula merah
2 cawan air
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan, disimpul
~ masak sampai gula larut, tapis.
🍂Koleh Kacang
4 cawan santan
2 cawan tepung kacang hijau
air gula merah yang ditapis tadi
4 sudu besar minyak dari tahi
minyak tadi
Sedikit garam
Cara-cara membuatnya.
Mula-mula kita buat tahi minyak. Senang jer nak buat. Jom..
🌸Masukkan 2 cawan santan ke dalam kuali. Buka api.
🌸Biarkan dulu sehingga santan mendidih sambil dikacau sekali sekala.
🌸Bila tahi minyak sudah terbentuk, terus kacau supaya tidak hangus.
🌸Bila warna tahi minyak sudah ke warna hampir perang, terus tutup api.
🌸Asingkan tahi minyak dan minyak supaya tahi minyak tidak hangus. Kalau tahi minyak dah hangus, nanti rasa dia akan jadi tak sedap.
🌸Toskan tahi minyak. Ketepikan.
Masak air gula merah pula.
🌸Masak 2 cawan gula merah, 4 sudu besar gula, dua helai daun pandan yang disimpul bersama dua cawan air sehingga gula merah larut.
🌸Bila gula merah sudah larut, tapis dan ketepikan.
Jom buat kole kacang pula.
🌸Dalam sebuah bekas, campurkan 2 cawan tepung kacang hijau, 4 sudu besar minyak tahi minyak bersama 4 cawan santan, dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
🌸Tapiskan ke dalam kuali non stick. Jangan buka api dulu.
🌸Tuang pula air gula merah tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
🌸Buka api. Kacau perlahan-lahan. Mula-mula ia ringan lagi sebab masih cair.
🌸 Teruskan mengacau sehingga ia likat. Masa ni dah berat la sikit.
🌸Bila jadi pekat macam ni ☝🏼, bolehlah tutup api.
🌸Sediakan loyang 10"X10" yang disapu dengan minyak dan dialas dengan plastik yang lebih besar dari saiz loyang.
🌸Kaupkan semua adunan ke dalam loyang. Ratakan atasnya.
🌸Tips nak buat bahagian atasnya licin ialah guna sudu atau spatula. Belakang sudu atau spatula tu celup dengan minyak lebihan tahi minyak tadi atau guna minyak masak pun takper.
🌸 Ratakan bahagian atasnya dengan belakang sudu atau spatula yang dicelup minyak.
🌸Lepas tu bolehlah ditabur dengan tahi minyak tadi.
🌸 Tunggu sejuk dahulu baharulah boleh dipotong.
🌸Dah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
🌸Jemput makan kawan-kawan.. Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan